Suka atau tidak, itu satu hakikat yang perlu diterima oleh puak PKR tu sendiri. Itu pun kalau diorang nak terimanya sebagai satu Kebenaran dan mengakuinya secara terbuka dengan rakyat.
Walaupun puak PKR tu selama hari ini cuba nak menyembunyikan kebenaran dari pengetahuan rakyat, namun rakyat di Malaysia ni dah cukup bijak untuk menilai Politik PKR itu sendiri.
Secara tidak lansung, surat panjang lebar yang dikirimkan oleh Si Ketua Penipu tu membuktikan bahawa PKR pada ketika ini sedang berpecah kepada dua fraksi secara dalaman.
Perkara itu diakui sendiri oleh Presiden PKR melalui satu kenyataan media secara tidak lansung yang menyifatkan surat panjang lebar dari Si Ketua Penipu tu urusan dalaman partinya.
Umum mengetahui bahawa dalam PKR hari ini mereka sudah mula terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang kekal tegar menyokong kepimpinan keluarga Si Ketua Penipu tu.
Manakala satu lagi kumpulan mahu membuat reformasi secara dalaman dengan menyingkirkan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu secara total yang diketuai oleh Timbalan Presiden.
Kumpulan yang dianggap Pro Wan Azizah itu dilihat mahu mengekalkan dasar perjuangan parti yang dibina selama ini untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu semata - mata.
Ianya berbeza dengan pandangan kartel Si Azmin yang mahu parti itu keluar dari ke-JUMUD-an Politik Kronisme dan Nepotisme yang telah menjadi amalan parti selama hari ini.
Walaubagaimana pun, kartel Si Azmin tu juga mempunyai tujuan mereka yang tertentu iaitu ingin memenuhi nafsu Ghairah Si Timbalan Presiden itu untuk menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.
Kartel Si Azmin tu tahu, sekiranya kuasa dan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu tidak dihapuskan, maka ianya adalah mustahil untuk Si Azmin tu merealisasikan impian peribadinya sendiri.
Atas sebab itulah kartel Si Azmin tu dilihat semakin cenderung dan taksub menyokong deklarasi Tun Mahathir yang menyaksikan Si Azmin tu semakin 'Ghairah' untuk menentang Wan Azizah.
Pokok pangkalnya, Politik dalaman PKR kini berada dalam keadaan yang cukup kronik dan ianya ibarat pekung yang sudah pun terdedah kepada umum. Jadi, tak perlu la puak PKR tu cuba nak menyembunyikan kebenaran itu dan cuba nak menipu rakyat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.