Nampak gayanya kekecohan yang timbul selepas pendedahan surat panjang lebar dari Si Ketua Penipu tu sedikit sebanyak membuatkan kartel dikalangan penyokong Si Azmin tu terdiam seketika.
Yang ada pun memberi kenyataan hanya seorang Panglima Ketot yang bukan sahaja singkat pemikiran, tetapi pendek juga akalnya. Sekaligus kenyataan itu hanya mem-BODOH-kan diri dia sendiri.
Apa yang nyata, pendirian keluarga Si Ketua Penipu tu cukup jelas. PKR tetap menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir yang dianggap mempunyai kepentingan Politik Peribadi.
Namun, semua orang mengetahui bahawa penglibatan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dengan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu juga adalah bersifat peribadi semata - mata.
Hakikatnya, Si Azmin tu mempunyai nafsu yang cukup besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya untuk merampas pemerintahan Putrajaya.
Jika mengikut pandangan Azmin, dengan sokongan yang diberikan oleh Tun Mahathir, maka impian dia untuk mencapai cita - cita itu akan mudah untuk direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Walaubagaimana pun, Si Azmin tu sedar bahawa dia mempunyai Batu Penghalang yang cukup besar sebelum dia dapat mencapai hasratnya walaupun dengan sokongan Tun Mahathir.
Si Azmin tu sedar bahawa dia perlu menghapuskan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu terlebih dahulu didalam PKR dan merampas jawatan Presiden sebelum dia boleh menjadi Perdana Menteri.
Hanya dengan cara itu sahaja Azmin dapat mencapai hasrat 'Murni' dia dengan menyingkirkan pengaruh Wan Azizah selaku Presiden PKR untuk melonjakkan namanya sendiri.
Mungkin menyedari nafsu Ghairah Si Azmin tu hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan Pakatan dan menghancurkan perjuangan dasar parti itu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Melihat pengaruh yang diberikan oleh Tun Mahathir semakin hari semakin mengancam kedudukan serta peranannya dalam Pakatan, mungkin sebab itu Si Ketua Penipu tu menulis surat panjang lebar tersebut.
Apa yang jelas, dengan kemunculan surat tersebut membuatkan kartel yang Pro Azmin semakin terdiam dan mula tersentak. Nampak gayanya langkah yang sedang diatur oleh mereka pada ketika ini menemui jalan buntu. Peluang untuk Si Azmin tu menjadi Perdana Menteri semakin kabur!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.