Halaman

Sabtu, Mei 28, 2016

TAK HABIS LAGI PAK MENTERI NI BUAT KERJA PANDIR!!!

Heh! Nampak gayanya, kejutan yang dijangka berlaku semalam tidak menjadi kenyataan apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tidak membincangkan isu selain dari isu Pilihan Raya Kecil.

Dengar kata, ada juga hajat dari seorang Pak Menteri ni nak bentangkan usul untuk memecat keahlian dua orang pemimpin UMNO seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Tapi malangnya hajat dari Si Pak Menteri tu tidak kesampaian apabila pucuk pimpinan menolak usul tersebut dari dibentangkan semalam dengan teguran dan nasihat yang telah diberikan.

Dengar katanya, Si Pak Menteri tu telah dipanggil oleh Presiden sebelum mesyuarat diadakan dengan memberikan dia nasihat supaya tidak membentangkan usul tersebut semalam.

Dari satu sudut, kita tertanya - tanya jugak. Kenapa yang Si Pak Menteri ni terlalu 'Ghairah' sangat nak buat desakan supaya dua orang pemimpin tu dipecat dari menjadi ahli UMNO?

Apa faedahnya yang dia akan perolehi sekiranya perkara itu dilakukan? Adakah Si Pak Menteri tu hanya sekadar nak jadi 'Hero' yang dilihat berjaya membuang 'Penyakit' dalaman parti?

Kalau setakat itu ke hajat Si Pak Menteri ni, baik tak payah la buang masa melayan nafsu Ghairah dia tak tentu arah. Ada baiknya juga pucuk pimpinan parti menolak usul yang nak dibentangkan.

Dan persoalan yang paling utama sekali, adakah Si Pak Menteri tu ingat dengan tindakan yang nak dilakukan itu mampu memberi Barisan Nasional menang Dua Pertiga dalam PRU yang akan datang?

Elok - elok sekarang ni orang dah tak bercerita sangat pasal dua orang pemimpin UMNO sekarang ni, tindakan yang dicadangkan oleh Si Pak Menteri tu akan memburukkan keadaan pulak.

Nak pulak menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti. Penyudahnya, jentera Barisan Nasional yang puas nak menjawab isu tu kepada rakyat dan akar umbi parti.

Takkan la Si Pak Menteri tu tak terfikir lansung mengenai perkara tersebut sedangkan dia dah lama jadi pemimpin Politik? Bongok sangat ke Si Pak Menteri tu sampai benda itu pun dia tak tau?

Apa yang jelas, tindakan yang ditonjolkan oleh Si Pak Menteri tu membuktikan bahawa dia masih lagi mentah dalam ilmu Politik. Benda yang tak berfaedah dan merugikan parti yang dia nak buat. Baik pesan pada Pak Menteri tu, suruh dia ajak Guan Eng 'Bertumbuk' lagi bagus!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.