Halaman

Rabu, Mei 25, 2016

WAN AZIZAH KATA JANGAN TUNGGU, LAPOR TERUS KE SPRM!!!

Sepatutnya Rafizi tak perlu nak tunggu dapat 'Perkenan' dari Wan Azizah sekiranya betul dia ada bukti berhubung isu salah laku dan 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.

Padahal, awal - awal lagi dia dah boleh buat laporan berhubung isu itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar dia ada bukti yang kukuh mengenainya.

Tapi memandangkan ianya ada kaitan dengan pentadbiran dibawah pemimpin tertinggi PKR, maka Si Rafizi tu teragak - agak nak buat laporan tersebut kepada pihak SPRM terlebih dahulu.

Perkara mengenai isu salah laku dan 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin tu menjadi hangat apabila kiriman whatsapp dari Si Rafizi tu tersebar.

Mungkin sebab itu Si Rafizi tu rasa takut nak menegakkan kebenaran dan sekali gus mencemar imej serta nama baik parti jika dia buat laporan itu tanpa merujuk kepada Wan Azizah.

Lagi pun, Si Rafizi ni pandai juga nak 'Main Selamat' dengan membuat laporan tersebut kepada Wan Azizah. Setidak - tidaknya nanti dia tak akan dipersalahkan oleh ahli diperingkat akar umbi.

Paling tidak, jika ada yang tak puas hati, Si Rafizi tu boleh kata, laporan yang dibuat kepada SPRM tu adalah arahan dari Wan Azizah sendiri. Jadi, dia tidak akan dipersalahkan secara berseorangan.

Namun dari satu sudut lainnya, arahan yang dikeluarkan oleh Si Wan Azizah hari ini menampakkan lagi perbalahan dalaman barisan kepimpinan PKR itu kian terserlah secara umum.

Umum juga mengetahui bahawa Si Wan Azizah tu sudah tidak lagi sehaluan dengan Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR yang dilihat semakin menidakkan peranan Presiden.

Jadi, tak hairan la kalau Si Wan Azizah tu keluarkan arahan supaya Si Rafizi tu tak perlu tunggu keputusan dari mesyuarat Biro Politik PKR untuk ambik tindakan. Nak pulak kalau isu tu dilihat dapat 'MEMBUNUH' Azmin. Lagi la dia suruh cepat buat laporan!!!

2 ulasan:

  1. Don wory min, papa sudah suruh norol hantar azura ke us melanjutkan pelajaran medical.

    BalasPadam
  2. Kerenah Parti Koyak Robak tak pernah habis2...
    Aduuss..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.