Heh! Nampak gayanya, Si Mat Sabu ni memang jenis yang tak dapat menerima hakikat apabila ada dikalangan ahli partinya sendiri yang cuba membelot dan mengkhianati parti pimpinannya.
Jika sebelum ini, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu telah pun digemparkan dengan pengumuman dari kalangan ahli parti itu yang dikatakan berikrar mahu menyokong calon Barisan Nasional.
Pekara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi PAN Kawasan Sungai Besar yang jelas tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.
“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong. Bahkan calon PAN itu juga turut didakwa seorang perampas.
“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.
“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.
Namun, tindakan yang dilakukan oleh 32 orang ahli parti itu seolah - olah tidak diiktiraf oleh Mat Sabu dengan menjadikan alasan kononnya mereka bukan ahli parti KUALI pimpinannya.
Kata Si Mat Sabu, keahlian mereka yang tampil membuat bantahan itu masih belum disemak dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar - benar ahli parti itu atau sebaliknya.
“Kita tak ada masalah sebab ini pengumuman-pengumuman yang biasa sebelum hari pengundian. Mungkin, kita akan lihat beberapa hari lagi yang keluar dari Amanah lebih daripada Amanah (kawasan) Sungai Besar itu sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan di Sungai Besar.
Nah! Itu menunjukkan yang Si Mat Sabu ni memang tak dapat terima hakikat bila ada ahli yang tak setuju dengan keputusan partinya. Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tidak dibincangkan dengan mereka diperingkat akar umbi!!!
A'aleh..Mat Sabu tu otak udang..mana dia boleh berfikir...suruh cari amoi tu dia pandai
BalasPadam