Haduyai! Ini yang payahnya bila ada golongan bijak pandai yang suka bercakap main ikut sedap Kepala Lutut je. Penyudahnya, yang bijak pun lagi BODOH dari Budak Sekolah Tadika.
Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila pemimpin parti PAN ni suka mempergunakan kalimah Allah sesuka hati mereka. Diorang ingat, kalimah Allah ni boleh dibuat main - main ke?
Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli nampaknya sudah mula belajar mencetuskan kontroversi sensasi.
Ini dapat disaksikan ketika beliau menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Taman Seri Manong di sini lewat Rabu yang dihadiri hanya 30 orang termasuk petugas media.
Barang kali teruja dengan sambutan penduduk yang cukup luar biasa, Ahmad Termizi memberi amaran kepada pengundi di situ agar tekad memilih beliau pada hari pengundian 18 Jun depan dan bukan tiga lagi calon lain.
Sambil menyifatkan beliau sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang dan berikhtiar, Ahmad Termizi pada mulanya bercakap ‘lapik’ apabila berkata jika kalah ia dianggap sebagai menerima ketentuan qada dan qadar.
Namun kemudian mendakwa bahawa sesiapa yang tidak mengundi beliau, bersiap sedialah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana memilih parti yang kononnya sering berlaku zalim ke atas rakyat.
“Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti. Kenapa abah, atuk tidak berbuat sesuatu semasa diberi peluang untuk membuat perubahan,” tegas Ahmad Termizi seolah-olah mahu memberi tazkirah agama pula.
Ceramah kemuncak beliau yang juga merupakan penceramah terakhir bermula pukul 11.05 malam dan berakhir kira-kira 11.11 malam itu nyata gagal mendapat sambutan penduduk kawasan perumahan majoriti Melayu tersebut.
Ini menimbulkan persoalan kerana Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar itu mendakwa ramai saudara-mara beliau menetap di sekitar kawasan Manong yang bukan asing lagi bagi dirinya sendiri.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh calon PAN tu nampak sangat tak masuk akal. Kalau pengundi hari ini tak mengundi PAN, mereka kena jawab dengan Allah. Bagaimana pulak dengan Tok Nenek dia yang mengundi PAS dulu? Diorang nak jawab dengan sapa pulak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.