Halaman

Selasa, Jun 14, 2016

DIN PUDU MEROYAN, HINA CALON MUSLIMAT PAS!!!

Nampak gayanya, serangan demi serangan yang dilancarkan dari parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu terhadap PAS masih belum diketemui sebarang titik penyelesaiannya sehingga kini.

Kali ini, Timbalan Presiden KUALI Si Mat Sabu tu pulak tampil mempertikaikan tindakan PAS memilih calon dari kalangan pemimpin Dewan Muslimat PAS bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Si Din Pudu tu mendakwa, pencalonan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu hanya dianggap sia - sia memandangkan parti itu dilihat tidak serius mahu menewaskan Barisan Nasional.
"Ada kenyataan daripada pemimpin kanan PAS yang menyatakan bahawa kita hanya nak atasi saja undi Amanah (PAN), itu sebab kita bertanding.
"Maknanya, dia (PAS) bukannya nak lawan UMNO. Kenapa pertaruhkan Muslimat PAS macam itu? Kesian Muslimat Kenapa buat demikian? Bertanding hanya nak tunjuk dia lebih baik daripada Amanah (PAN).
"Ni apa cerita? Dia masuk pilihan raya ni terang-terang cakap bukan nak menang, kita takkan serang UMNO, cuma nak undi lebih daripada Amanah (PAN). Balik rumahlah..!," ujarnya memperlekeh PAS dan Dr. Najihatussalehah di depan sekitar 50 orang hadirin di sini, semalam.
IRONIKnya, tindakan Si Din Pudu tu mempertikaikan pemilihan calon PAS itu berbeza dengan tuntutan yang dibuat partinya sebelum ini dimana mereka mahu PAS berhenti menyerang mereka.

Sebaliknya mereka mendesak agar PAS memberikan sepenuh tumpuan untuk mengatur gerak kerja menyerang Barisan Nasional yang sepatutnya dianggap sebagai Musuh Utama parti itu.

Dalam erti kata lainnya, Si Din Pudu ni sebijik macam orang yang 'Bercakap Tak Serupa Bikin'. Dia tak nak orang serang parti dia. Tapi kalau dia serang parti orang lain, boleh pulak?

Lagi pun, yang Si Din Pudu ni sibuk sangat nak mempertikaikan calon dari parti PAS tu pasal apa? Dia bukan lagi sebahagian dari PAS. Bahkan dia dah jadi 'Pengkhianat Nombor Dua' parti tu.

Jadi, apa hak Si Din Pudu ni nak mempertikaikan keputusan PAS memilih calon dari kalangan Dewan Muslimat PAS dan hala tuju parti itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil kali ini? Lantak diorang la nak pilih siapa pun. Yang Si Din Pudu ni sibuk sangat pasal apa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.