Kalau signal yang diberikan ni masih belum cukup jelas bagi pucuk pimpinan PAS, nampak sangat la yang mereka lebih mendahulukan kuasa Politik dari nak mendengar suara akar umbi.
Selepas Dewan Muslimat, kini tiba giliran perwakilan Dewan Pemuda PAS pula tampil membuat desakan meminta agar parti Islam itu menilai kembali kerjasama politik bersama PKR.
Menurut salah seorang perwakilan Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari, PKR kini dilihat tidak mempunyai pendirian jelas untuk melakukan kerjasama politik bersama parti pembangkang.
“Kita faham ramai rakan dalam PKR masih sayangkan kita namun, mana mungkin cinta ini dapat bertahan sekiranya PKR dan DAP duduk bersama.
“Bahkan menjalinkan hubungan mesra dengan parti satu lagi (PAN). PKR kena jelas dengan siapa mereka mahu bersama, dengan PAS atau dengan DAP,” katanya.
Wakil dari Dewan Pemuda PAS itu berkata demikian pada ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-62 di Kelantan baru - baru ini.
Selain itu, Ahmad Fadli juga turut menyindirr dan mempersoalkan mengenai masalah dalaman yang berlaku dalam sesetengah parti politik yang dilihat tidak mempunyai pendirian.
Katanya, walaupun hampir semua parti politik di negara ini mempunyai konflik dalaman mereka sendiri, namun ianya agak berbeza dengan PAS yang mana parti itu masih berdiri teguh, katanya.
“Dalam sesetengah parti lain, ada parti kiblatnya di Sungai Buloh, tetapi anggotanya menjalin hubungan dengan penaja Deklarasi Rakyat.
“Ada parti terajunya di Komtar (Pulau Pinang), namun bergolak di sesetengah negeri. Alhamdulillah, PAS insha Allah menjadi parti sebulat logonya,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.
Kelmarin, Dewan Muslimat PAS Kedah juga turut membawakan usul yang sama untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR dan diterima tanpa bahas oleh perwakilan.
Susulan itu, semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menegaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu akan meneliti usul tersebut sebelum mereka membuat sebarang keputusan mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.