Halaman

Rabu, Jun 08, 2016

MAT SABU TAKUT "TERPANCUT AWAL" RUPANYA!!!

Heh! Nampak gayanya, tembelang Si Mat Sabu tu enggan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil sama ada di kawasan Parlimen Kuala Kangsar atau di Parlimen Sungai Besar terbongkar.

Jika sebelum ini, nama Si Mat Sabu dan juga Nizar Lilin menjadi sebut - sebutan dikalangan rakyat sebagai calon bagi kedua - dua Pilihan Raya Kecil yang sedang berlansung pada ketika ini.

Walaubagaimana pun, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu telah menempah tiket kekalahan awal apabila mengambil keputusan untuk meletakkan calon yang tidak dikenali umum.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) berkata, PAN dilihat tidak ambil serius untuk mencapai kemenangan dalam PRK dan seolah-olah menyerah kalah sejak dari peringkat awal.

Jika sebelum ini, PAN mendakwa PAS tidak serius menentang Barisan Nasional (BN) sebaliknya PAN juga bertindak kurang bijak di dalam meletakkan calon mereka bagi menentang BN.
Sepatutnya pemimpin Amanah lebih berjiwa besar dan meletakkan calon terbaik yang mereka ada untuk mendapatkan kesan maksima dalam PRK ini, sayang sekali bila mereka awal- awal lagi sudah kecut perut dan mengaku kalah, biarpun disokong DAP dan PKR,” katanya.
Ternyata, PAN hanya setakat tau bercakap dan tidak menjadikan kata - kata sebelum ini sebagai kenyataan dalam menempuh PRK. Bila dilihat dari segi kekuatan jentera, PAS lebih kuat berbanding PAN.

Tetapi bagi Mat Sabu, dia bukan nak mengukur tahap kekuatan jentera parti menerusi kekuatan calon semata - mata. Namun malangnya kedua-dua elemen ini nampak goyah di dalam parti PAN.
Perletakan dua calon tidak terkenal ini menunjukkan Amanah takut untuk menghadapi risiko imej parti terjejas teruk jika calon terkenal di kalangan pemimpin tertinggi parti diturunkan dan kalah teruk dalam PRK berkenaan,” katanya..
Mungkin sebab itu pemimpin PAN seperti Si Mat Sabu tu takut nak jadi calon. Si Mat Sabu tu awal - awal lagi dah tau, kalau dia kalah teruk, mana dia nak letak muka dia sebagai seorang Presiden. Maka sebab itu dia ambik calon yang tidak popular ini untuk dijadikan 'Kambing Hitam'!!!

1 ulasan:

  1. pan sejak ditubuhkn lgi suka cakap besar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.