Halaman

Isnin, Jun 13, 2016

PAK MUS MALU DENGAN KENYATAAN NIK ABDUH???

Pengarah Pilihan Raya PAS, Mustafa Ali berharap tidak berlaku kekeliruan terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bahawa parti itu kini giat mendekati Umno.

Menurutnya, perkara itu berlaku hanya dalam konteks Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 yang dibentangkan sebelum ini dan sama sekali tidak melibatkan kerjasama dalam soal politik.
Ini tiada kaitan politik, bukan dasar kita (PAS) untuk bekerjasama dengan Umno dalam soal politik,” katanya.
Tambahnya, mendekati yang dimaksudkan itu diterjemahkan kepada perbincangan bersama dengan pimpinan UMNO yang memerlukan teknikal bagi Rang Undang - Undang yang dibentangkan.

Nik Abduh semalam memberitahu PAS bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan PAS bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dalam rekasi bersabit perkara itu berkata jika benar PAS mahu berbaik dngan Umno, parti itu tidak sewajarnya meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
"Biarlah UMNO bertanding dan lawan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) sahaja. Saya kurang faham apakah pendirian Pas sebenarnya," katanya ketika Ceramah Umum Pembongkaran Skandal yang diadakan di Dataran Tonggak 10 malam tadi.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar terpaksa diadakan selepas kedua - dua penyandangnya, meninggal dunia akibar nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yang lalu.

Secara tidak lansung, itu menunjukkan yang Si Pak Mus ni TAKUT dengan bayang - bayang sendiri. Maka sebab itu dia tetap menolak sebarang kerjasama dalam bentuk Politik dengan UMNO.

Yang Si Teresa Kok tu pulak bukannya sebab dia tak faham kenapa PAS bertanding dalam PRK kali ini. Cuma dia saja je buat - buat tak faham supaya nampak seolah - olah macam ianya satu Dosa Besar sekiranya PAS bertanding tak menentang UMNO!!!

4 ulasan:

  1. KESIAN umno - macam hidung tak mancung, pipi
    tersorong-sorong. PAS sanggup bersumpah tak mengaku
    berbaik-baik apatah lagi bersekongkol dengna umno.
    PAS hanya mahu undi orang-orang umno.....KIHKIHKIH

    BalasPadam
  2. dap dn pan dah mencium kekalahan...sbb itu ucapan pmimpin pas diputar belit habis habisan....rkyat dah faham la.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenar hadi/pas yg kaki putarbelit

      Padam
    2. Yg putar belit tu umno pan dap pkr...smua tak melambang islam lgsung tmbah2 pan dan pkr terang mcm babi kena cakuk hidung...simpati aku dgn ampa yg banggang smua

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.