Jika sebelum ini, ramai yang menyebarkan spekulasi mengatakan bahawa tindakan Si Rafizi ni seolah - olah satu langkah untuk menggugurkan jawatan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
Kata mereka, Rafizi selaku wakil dari kem Wan Azizah mengatur perencanaan itu bagi merealisasikan hasrat yang telah dicaturkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum dia masuk ke penjara.
(Baca Sini: RUPANYA ANWAR DAH LAMA NAK BUANG AZMIN!!!)
Kalau dilihat dari satu sudut, kemungkinan itu memang ada memandangkan Si Azmin tu sendiri dikatakan sedang mengatur rancangan untuk menghapuskan pengaruh Wan Azizah dalam PKR.
Walaubagaimana pun, spekulasi yang disebarkan itu ada sedikit tak masul dek akal kerana tak mungkin PKR akan buat kerja BODOH sebanyak Dua Kali melainkan diorang ni betul - betul Pandir!!!
Namun disebalik spekulasi itu, ada juga yang meluahkan pandangan dengan mendakwa tindakan Si Rafizi tu hanya sebagai satu langkah 'Menebus Dosa' yang telah dilakukan terhadap keluarga Wan Azizah.
Bagi mereka, Si Rafizi tu dah 'Terlajak Perahu' apabila dia memberikan sokongan penuh kepada gerakan deklarasi Tun Mahathir yang turut didokongi oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.
Mungkin pada ketika itu Si Rafizi ni dah terpengaruh dengan agenda songsang yang dibentangkan oleh Azmin membuatkan dia pun turut sama terjebak sehingga dianggap membelakangi Presiden PKR.
Sebaliknya, semua itu berubah apabila surat dari Sungai Buloh Hq didedahkan kepada umum, menjelaskan amaran dari Si Ketua Penipu tu supaya tidak menyokong gerakan Tun Mahathir.
Maka, tindakan Si Rafizi tu menyebarkan isu 'Rasuah Betina' sebelum ini hanya dibuat untuk menjustifikasikan dirinya dengan memburukkan imej Si Menteri Besar Selangor tu secara terbuka.
Mungkin Si Rafizi tu ingat, taktik dia nak membogelkan pentadbiran Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu mampu membuatkan kedudukan Si Azmin tu bergoyang 'Buah Kerandutnya'.
Malangnya, sehingga hari ini, Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL untuk memberikan sebarang respon mengenai isu tersebut kerana dilaporkan sedang berada di luar Negara atas urusan keluarga.
Pokok pangkalnya, hasrat Si Rafizi tu nak 'Telanjangkan' Azmin secara tidak lansung hanya memberikan kesan yang cukup negatif kepada parti itu dan juga Pakatan Haprak yang selama ini mendabik dada mendakwa mereka 'MAKSUM' dari orang lain!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.