Halaman

Jumaat, Ogos 12, 2016

NGO PKR LAPOR SPRM, ISU PENYELEWENGAN PAYA INDAH WETLAND!!!

Pengasas NGO Pro PKR, SAMM dijangka akan hadir ke pejabat SPRM Rabu depan bagi menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Menurut Chagubard, setakat ini pihaknya sedang di peringkat akhir menyediakan beberapa dokumen berkaitan dan akan memutuskan SPRM mana pihaknya akan berurusan kemudian.
“Malam ini semua pasukan termasuk peguam korporat akan muktamadkan semua dokumen dan bersedia dan Rabu ini kita akan ke SPRM untuk buat laporan.
“Kita akan juga dedahkan kepada semua siapa proksi dalam pemaju itu, sementara itu kalau ahli majlis ke Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) ke nak buat sidang media atau apa saja silakan.
“Ingat musuh kita ialah sistem yang memihak kepada kapitalis dan politisi yang ditunggang pemodal besar,” katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, NGO Pro PKR itu tampil mendedahkan pembongkaran isu skandal penyelewengan tanah di kawasan Paya Indah Wetland turut mengaitkan lobi korporat besar.
“Malah laporan (mengenainya) selama ini panjang lebar telah dikecilkan. Soalnya sekarang mereka saling melindungi dan budaya ini akan berterusan kerana itu saya sebut dengan jelas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baik-baik mendedak jangan sampai tersedak,” katanya.
Jika sebelum ini, Setiausaha Agung PKR telah membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu dakwaan 'Rasuah Betina' yang melibatkan pemimpin Rejim Pakatan Selangor.

Namun sehingga ke hari ini, perkembangan mengenai laporan tersebut tidak dapat ditentukan dan ianya seolah - olah senyap begitu sahaja. Malah Si Rafizi tu pun dah tak berani bersuara.

Secara kesimpulannya, tak perlu la MACAI Pakatan Haprak tu nak mendabik dada mendakwa diri mereka lebih 'Maksum' dari orang lain. Realitinya, diorang lebih teruk dari itu. Dah buat penyelewengan tapi tak nak mengaku!!!

1 ulasan:

  1. Yang menuduh dn kena tuduh pun macam sama aje la....asyik brcakaran.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.