Halaman

Isnin, September 05, 2016

TANDATANGAN PALSU BUAT WAN AZIZAH TERKANCING!!!

Presiden PKR, Wan Azizah enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan ada pihak memalsukan tandatangan Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli pada surat pemecatan keahlian Chagubard.

Beliau yang ditemui dalam program jelajah anti-1MDB di sini malam tadi enggan menjawab soalan media berhubung isu itu yang semakin hangat diperkatakan.

Chagubard sebelum ini mendakwa beliau diberitahu oleh Rafizi sendiri bahawa beliau tidak menandatangani surat pemecatan itu. Hari ini Chagubard menyiarkan beberapa 'screenshot' yang didakwa daripada Rafizi kepada pimpinan PKR. 

Chagubard mendakwa mesej-mesej itu menunjukkan notis untuk memecatnya dibuat atas arahan Wan Azizah tanpa dimaklumkan kepada Rafizi.
"Ini 'screenshot' YB Rafizi kepada beberapa pimpinan parti , 27 Ogos lalu ... hari ini 3 September apa kesudahanya seperti saya telah jangka akhirnya semua akan senyap konon nak pertahan 'kestabilan' parti... mana perginya prinsip?," soal Chegubard.
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, isu pemalsuan tandatangan tersebut merupakan perkara serius kerana melibatkan pemimpin kanan dalam parti.

Beliau ketika dihubungi Antarapos semalam menggesa supaya pimpinan tertinggi PKR menyiasat isu tersebut bagi mengelak daripada imej parti tersebut terus tercalar.

Chagubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebelum ini dipecat keahliannya berikutan beberapa siri pendedahan termasuk yang melibatkan yang melibatkan Timbalan Presiden parti Azmin Ali.

1 ulasan:

  1. PKR ni rupa orang lain badan orang lain pun depa boleh ubah inikan pula tanda tangan. No hal punyalah!

    Apa nak hairan memang dari Krtua Umum hingga ke akar umbi Parti Klentong Rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.