Halaman

Isnin, Januari 30, 2017

FATWA BARU PAS, HARAM ORANG KAFIR JADI PEMIMPIN!!!

Sepertimana yang pernah diperkatakan sebelum ini, PAS ni memang mudah sangat kena kencing dengan orang luar. Dan pendirian mereka memang senang sangat berubah - ubah ikut keadaan semasa.

Kalau dulu, PAS pernah angkat pemimpin DAPigs bagai menatang minyak yang penuh. Tapi sekarang, baru diorang pandai menilai sejauh mana keikhlasan puak DAPigs tu kepada mereka sebenarnya.

Apa yang pasti, hari ini baru PAS terhegeh - hegeh nak keluarkan "Fatwa" dan mendakwa kononnya orang kafir ni tak boleh jadi Ketua Kerajaan. Nak pulak kepada sebuah Kerajaan yang mendokong Islam.

Walhal, perkara tu bukannya baru. Bahkan dah memang termaktub didalam Al-Qur'an dan sunnah. Tinggal lagi, sebelum ini PAS sendiri tak pernah ikut. Sebaliknya, diorang lebih mementingkan Politik.

Masa PAS bersama dengan DAPigs dalam Barisan Alternatif mahupun Pakatan Haramjadah tu sebelum ini, tak pernah pulak parti tu nak keluarkan "Fatwa" sedemikian. Bila dah bercerai dengan Pakatan baru diorang sedar.

Hari ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan bahawa sebuah Kerajaan Islam itu perlu diperintah oleh seorang Muslim yang Adil dan tidak mengamalkan sikap Fasiq.
“Sesebuah kerajaan perlu menerima bahawa al-Quran dan al-Sunnah mesti menjadi rujukan. Sebuah kerajaan Islam mesti diperintah oleh seorang muslim yang adil yang tidak fasik melakukan dosa-dosa besar. Seorang yang fasik melakukan maksiat berterusan tanpa taubat mana mungkin mampu menegakkan sebuah keadilan.
“Islam mesti diterima pada undang-undang ibadahnya, undang-undang kekeluargaannya, undang-undang kontrak dan transaksi kewangan, undang-undang jenayah, undang-undang antarabangsa, kehakiman dan politik pemerintahan. Riba tidak boleh menjadi paksi ekonomi dan kewangan kerana ia adalah ibu kerosakan.
“Jangan terpedaya dengan momokan untuk adil seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar bin Abdul Aziz, sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya.
Hakikatnya, kenyataan itu ditujukan kepada Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri DAPigs di Pulau Pinang. Tapi masa PRU ke 13 yang lalu, tak nak pulak PAS gunakan ayat yang sama.

Pernah suatu ketika dulu, pemimpin PAS sendiri pernah mengangkat Si Guan Eng tu sama taraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Tapi masa tu, PAS takde cakap apa pun. Sebaliknya diorang diam je.

Sedangkan, semua orang tau, pemimpin PAS tu memang TOTOK kepada DAPigs. Dia memang dapat kelebihan dari parti tu secara lansung. Cuma PAS je yang tak nak mengakuinya sebab malu.

Bila pemimpin PAS tu bertindak mengepalai pemimpin - pemimpin lain dalam parti agar mereka menjadi Pengkhianat dan menubuhkan PAN, baru la PAS sedar bahawa mereka selama ini dah kena kencing. Pokok pangkalnya, itulah nasib PAS sehingga ke hari ini!!!

2 ulasan:

  1. Eluklah kalau PAS dah sedar. Rujuklah Islam sebelum membuat keputusan yg membabitkan kafir harbi dan orang2 yg munafik.

    BalasPadam
  2. Beg plastik Kena 20 sen melalak...sedangkan beg plastik boleh rakyat kawal dgn Akal.tak mahu bayar 20 sen bawa beg Dr rumah. Nah..Ambik ko minyak Naik..20 sen yg pasti mahu x mahu rakyat dipaksa membayar dgn kadar ditetapkan. Mampus la umno... Pemimpin macam taik.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.