Pembangkang, terutamanya dikalangan puak PAN dan DAPigs perlu bersedia menghadapi kekalahan pada Pilihan Raya Umum akan datang sekiranya rundingan PPBM dengan PAS didapati GAGAL untuk mencapai kata sepakat.
Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak tu perlu menerima hakikat bahawa PAS masih lagi relevan dan mampu memberikan impak yang besar kepada pembangkang kerana parti itu masih mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi.
Bekas pemimpin tertinggi PKR, Mustafa Kamil Ayub menegaskan tidak perlu untuk mana - mana pihak menetapkan tempoh masa supaya tidak menganggu dan memberi tekanan kepada proses rundingan tersebut.
"Pembangkang terutamanya dokongan Melayu, tanpa PAS tidak memberi makna apa-apa dan terlalu kecil jumlah yang ada dari segi posisi Melayu yang terdapat dalam pembangkang jika tanpa PAS.
"Jadi saya tak fikir (pembangkang) boleh bergerak jauh kalau tanpa kejayaan untuk berunding dan satu bentuk yang munasabah boleh diterima PAS, PH, PPBM.
"(Jika) berikan satu tamat tempoh dalam konteks ini mungkin agak pra matang, kita (perlu) lihat perkembangan apa yang berlaku (pada) pertemuan 2 Februari ni. Dari situ kita boleh komen tanpa perlu berikan tempoh," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam pemimpin PAN memberikan tempoh sehingga pertengahan Februari kepada Pakatan Haprak dan PPBM untuk membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama mereka dengan parti lain.
Kepimpinan PAN berpendapat pembangkang tidak boleh berlengah untuk merangka strategi besar bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam sebarang kemungkinan sekalipun.
Tambah Mustafa lagi, meskipun rundingan itu sudah berjalan untuk tempoh yang agak panjang tetapi beliau percaya rundingan itu akan mencapai satu keputusan 'menang-menang' untuk pakatan pembangkang.
"Saya masih lihat ruang tu ada walaupun tidak terlalu mudah, kerja yang berterusan (perlu) kena dijayakan kalau nak melihat adanya peluang dari pembangkang untuk menumbangkan Najib dalam PRU akan datang.
"Apa-apa pun yang berlaku perlu ada muafakat antara pembangkang, jika itu tak berlaku walaupun diberikan tarikh tamat kita tidak boleh memaksa kepada mana-mana pihak," ujar beliau.
Walaupun Pakatan Haprak dan PPBM didakwa mampu untuk bergerak bersama tetapi ia tidak akan memberi impak yang besar seperti yang diharapkan tanpa penyertaan PAS dikalangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Apa yg nak diharapkan kpd Dap dan Pan dlm politik tanah air. Dua-dua tak boleh dipercayai.
BalasPadam