Halaman

Khamis, Januari 26, 2017

PKR NAK PAS JADI "LEMBU CUCUK HIDUNG" KE!!!

Itu maklum balas yang diberikan oleh seorang sahabat yang juga merupakan pengikut PAS terhadap kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Si Azmin Ali tu sebelum ini.

Jika awal tadi, laporan mendedahkan Si Azmin itu cuba memberikan gambaran seolah - olah PAS ni merupakan sebuah parti 'Kuku Besi' yang ingin melaksanakan Demokrasi Songsang.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu merujuk kepada pendirian Presiden PAS yang menggesa mana - mana parti agar mengikuti kehendak mereka sekiranya mahu menjalinkan kerjasama Politik.


Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu tidak mendapat sambutan yang agak baik dikalangan ahli serta penyokong - penyokong PAS diperingkat akar umbi dan menyifatkan kenyataan itu sebagai satu penghinaan.

Kata mereka, pendirian Presiden PAS itu adalah satu langkah untuk memastikan agenda dasar perjuangan parti itu dapat dilaksanakan tanpa sekatan dari mana - mana pihak, termasuk dari kalangan parti pembangkang.
"PAS jelas sudah serik dipermainkan oleh DAP yang sebelum ini berkata mereka boleh terima dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi kemudian, mereka menjadikan PAS sebagai musuh hanya semata - mata kerana parti itu mahu menegakkan hukum Islam," jelas sahabat itu lagi.
Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu seolah - olah mahu PAS terus menjadi 'Lembu Dicucuk Hidung' dan melupakan agenda dasar perjuangan parti yang telah sekian lama diperjuangkan. 
"Kalau sebelum PRU 13 yang lalu, DAP kata, jika menang mereka akan turut sama menegakkan hukum Islam. Tapi sebaik sahaja PAS mencadangkan RUU 355, parti itu terus menjadikan PAS sebagai musuh sehingga menyebabkan perpecahan didalam parti.
"Soalnya, adakah PKR mahu PAS melupakan dasar perjuangan mereka demi untuk memenuhi kehendak dan kemahuan orang lain? Adakah PKR mahu PAS terus menjadi 'Lembu' yang dicucuk hidung kepada semua tuntutan DAP?" soalnya lagi.
Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu jelas tidak menunjukkan yang dia perlukan sokongan PAS untuk mengekalkan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor. Mungkin Si Azmin tu ingat, dengan sokongan DAPigs, dia boleh terus kekal menjadi Menteri Besar!!!

1 ulasan:

  1. Pas usah jadi lembu dicucuk hidung. Cukuplah apa yg telah berlaku sebelum ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.