Halaman

Selasa, Februari 07, 2017

BLOGGER "OH MAKKAU" JADI MANGSA BURUAN KHALID SAMAD!!!

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menuntut penjelasan daripada Peguam Negara mengenai mengapa masih tiada pendakwaan dibuat  berhubung serangan ke atasnya di luar Parlimen, November lepas.

Khalid juga turut berkata pendakwaan terhadap mereka yang terlibat sepatutnya telah dibuat minggu lepas berikutan bukti yang mencukupi sudah diperolehi oleh pihak berkuasa.
"Ini dah masuk Febuari, dah dua bulan lebih tapi tiada apa-apa pendakwaan yang dilakukan sehingga hari ini. Sepatutnya mereka didakwa pada minggu lepas. 
"Arahan penangguhan itu, kita difahamkan datangnya daripada pejabat Peguam negara. Kita tanyalah pihak polis, kenapa kes ini dilengah-lengahkan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata dia kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebar fitnah terhadapnya - menyembah ayam putih - yang diambil daripada video terbitan Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok, sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016.
“Ada satu blogger khusus, saya kenal pasti sebagai pemain utama sebar fitnah ini. Saya mungkin akan ambl tindakan terhadap (blogger) 'Oh Makkau' ini. 
"Kalau ada ruang dan saluran untuk saya menyaman penyebar fitnah ini, saya akan buat untuk hentikan budaya politik bodoh seperti ini.
"Oleh kerana itu, orang yang terlibat, saya akan ambil tindakan. Blog Ohmakkau kau ini saya akan buru dia. Tapi saya akan beri mereka ruang untuk mohon maaf, siar di blog, Facebook dan sebagainya.”
Sebagai rekod, Khalid Samad telah diserang dihadapan pintu masuk Parlimen selepas dia menggelarkan Datuk Tajuddin Rahman sebagai 'Menteri Sial' oleh sekumpulan penyokong BN termasuk anak kepada Datuk Tajuddin sendiri,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.