Halaman

Khamis, Februari 02, 2017

DAH NYANYUK, TU PASAL KIT SIANG CEPAT KELIRU!!!

Buat sekian kalinya, PAS menjadikan Ketua Ahli Parlimen DAPigs, Lim Kit Siang sebagai sasaran dengan mendakwa dia keliru antara prinsip majoriti dan konsensus yang terpakai dalam sewaktu wujudnya Pakatan Haramjadah tu sebelum ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini terbukti apabila Kit Siang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengikut prinsip konsensus apabila tidak bersetuju dengan pendirian DAP dan PKR.
“Konsensus ialah persetujuan sebulat suara. Semua pihak perlu bersetuju, barulah dinamakan keputusan secara konsensus. sebagai keputusan kolektif,"  katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Khairuddin, ketika wujudnya Pakatan Haprak tu sebelum ini, gabungan parti pembangkang itu memilih kaedah konsensus untuk dijadikan sebagai dasar mereka dan bukan kaedah majoriti.
“Hanya agenda dipersetujui secara konsensus boleh dilaksanakan sebagai agenda PR. Jika ada mana-mana ahli tiga parti dalam PR tidak bersetuju, walaupun semua yang lain bersetuju, maka ia tidak konsensus. 
Bahkan, Ketua Penerangan Dewan Ulama itu juga turut memberi contoh mengenai keputusan Abdul Hadi menentang usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang direncanakan oleh PKR.

Katanya, Pas tidak menentang konsensus apabila tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar oleh PKR dan DAPigs, sebaliknya ia adalah hak ahli dalam prinsip konsensus. 
“Apabila konsensus tidak dicapai, sepatutnya DAP dan PKR tidak meneruskan agenda menjatuhkan Abdul Khalid. Seterusnya tidak mencalonkan hanya satu nama sebagai Menteri Besar Selangor. Tapi, mereka melanggar prinsip konsensus tersebut. teruskan walaupun konsensus tidak dicapai,” katanya.
Malah, Mohd Khairuddin berkata, sikap DAPigs yang tidak mahu mematuhi perjanjian yang telah dibuat itulah yang membawa kepada perpecahan Pakatan Haramjadah tu sebelum ini.

Tapi, apa boleh buat. Hakikatnya, Si Apek Kit Siang tu bukan sahaja dah tua, tapi dia nyanyuk pulak tu. Jadi, tak heran la kalau dia mudah sangat rasa keliru dan tak faham dengan apa yang cuba disampaikan kepada dia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.