Halaman

Khamis, Februari 02, 2017

NYONYA KOK TUDUH HADI AWANG "DIKTATOR"!!!

Pemimpin DAPigs mendakwa Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali memutar belit fakta demi mempertahankan peranan Abdul Hadi Awang dalam memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR).

Naib Pengerusi DAPigs, Teresa Kok berkata, Khairuddin dan mana-mana pemimpin PAS yang mahu mempertahankan peranan presiden PAS itu dalam pertengkaran antara parti dalam PR perlu tahu sikap “diktator” Hadi dan tidak patuh kepada dasar konsensus pakatan itu.

Khairuddin memberitahu NST Online semalam yang krisis kepimpinan Selangor boleh dielakkan jika DAPigs dan PKR mematuhi sistem konsensus serta mendakwa kedua-dua pihak memecahbelahkan PR dan mempergunakan Hadi sebagai kambing hitam dalam permainan “politik kotor” mereka.

“Daripada kenyataan Khairuddin, kemungkinan beliau tidak memberitahu kebenaran tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PR…yang ‘konsensus’ (dipertikaikan) ialah pelantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

“Satu hakikat yang tidak boleh diputarbelitkan ialah PAS membuat pusingan U mengenai pencalonan presiden PKR sebagai menteri besar Selangor.

“Konsensus adalah untuk mengemukakan calon tunggal bagi jawatan menteri besar Selangor – Wan Azizah – kepada Istana Selangor yang kemudiannya dan akhirnya ditolak Hadi.

“Itu adalah konsensus PR yang sepatutnya dihormati ahli-ahli parti pakatan, tetapi Hadi yang tidak menghadiri mesyuarat itu memilih untuk menolaknya,” kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam mesyuarat Majlis Presiden PR itu, PAS diwakili Timbalan Presidennya ketika itu, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Kok berkata, Hadi adalah “satu-satunya dan punca tidak dapat dipertikaikan” yang bertanggungjawab terhadap perpecahan PR.

“Bagaimana Khairuddin boleh membuat komen tidak bertanggungjawab, mendakwa DAP dan PKR adalah punca perpecahan PR sedangkan ia begitu jelas Hadi adalah punca utama?

“Hakikatnya, seperti yang dinyatakan di atas, menunjukkan perpecahan itu disebabkan tak lain tak bukan sikap diktator Hadi dan kegagalannya menghormati rangka kerja dasar bersama PR.

“Mengambil jalan keluar dengan memutar belit fakta tidak akan memenangi sebarang pertikaian dan tidak akan meyakinkan sesiapa.”

1 ulasan:

  1. Bapak angkat dia kit sial dah comolot dgn bapak diktator negara..dia boleh lupa plak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.