Halaman

Ahad, Februari 26, 2017

RAMAI LA PEMAKAN DEDAK DAPigs MEROYAN!!!

UMNO Selangor hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjsama dengan PAS bagi menawan negeri itu daripada Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata PAS harus mempertimbangkan cadangan itu sementelah PH dikatakan bakal membahagikan 56 kerusi DUN negeri itu sesama mereka, tanpa PAS.

Bagaimanapun, menurut Mat Nadzari, cadangannya itu perlu dirujuk dan mendapat keizinan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, terlebih dahulu.
"Malah, jika ia memberi manfaat kepentingan terhadap rakyat seluruhnya, maka Umno tidak akan berfikir dua kali untuk menolak kerjasama tersebut.
"Bagaimanapun, ia terserah kepada presiden parti untuk menentukan mengenai perkara tersebut," jelasnya dipetik sebuah portal.
Media sebelum ini melaporkan Pakatan dikatakan bakal membahagikan 56 kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS yang tidak bersama mereka.

Rancangan tersebut dikatakan membabitkan agihan 18 kerusi DUN untuk PKR, 15 untuk DAP manakala lebihan 15 kerusi lagi yang asalnya milik PAS dibahagikan kepada dua parti baru iaitu 14 untuk Amanah dan sembilan lagi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PAS sebelum ini sudah berkali - kali menegaskan keengganan untuk menjalinkan hubungan dengan mana - mana parti yang mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan parti serpihannya, PAN.

PAS juga sebelum ini telah mengumumkan bakal menilai semula hubungan kerjasama politik diantara mereka dengan PKR pada muktamar tahunannya yang dijangka berlansung April depan.

1 ulasan:

  1. minta-minta janganlah jadi seperti yang di ucapkan oleh TPM Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi and I qoute " ..... jangan jadi kacang lupakan kulit selepas ni.... "

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.