Alahai!!! Mungkin dek kerana terlalu teruja melihat PAS berada dalam keadaan yang sangat kuat melalui Himpunan Ungu baru - baru ini membuatkan ahli PAS ni menjadi berani tak tentu arah.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh wakil ahli PAS ini juga turut memperlihatkan tahap kesombongan dan keangkuhan yang tinggi sehingga sanggup nak menceraikan PKR.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam,wakil kepada Ahli PAS ni tampil membuat desakan secara terbuka agar PAS mengkaji semula hubung kerjasama Politik mereka dengan PKR.
Katanya, kepimpinan tertinggi parti perlu mengambil perhatian terhadap hubungan diantara parti itu dengan PKR yang kini disifatkan bagai 'duri dalam daging' serta 'gunting dalam lipatan'.
“Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.
Malah, dalam masa yang sama, wakil itu juga turut menegaskan bahawa PAS tidak memerlukan sebarang bantuan dari mana - mana pihak yang dianggap sedang berada dalam keadaan berkecamuk.
Bahkan, wakil ahli PAS itu jua menegaskan, mereka berasakan sudah sampai masanya parti itu berdiri sendiri tanpa diganggu oleh mana - mana parti lain yang sarat dengan pelbagai masalah.
"Kami berasakan sudah sampai masanya Pas tidak diganggu parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau," katanya.
Kenyataan itu jelas merujuk kepada keadaan PKR yang pada ketika ini sedang dilanda wabak penyakit 'Kaya Melampau' ekoran beberapa pendedahan terhadap penyelewengan yang berlaku.
Jika sebelum ini, kepimpinan PKR khususnya di Selangor hangat dilanda kontroversi apabila beberapa orang kanan pemimpin parti itu dilaporkan terlibat dalam penyelewengan kuasa.
Pendedahan itu dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Chagubard yang mempersoalkan pemilikan harta kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh beberapa individu yang rapat dengan kepimpinan parti.
Namun persoalannya, sejauh mana kesediaan pemimpin PAS terhadap desakan yang dibuat oleh wakil ahli parti itu? Adakah mereka berani untuk mengambil tindakan ATAU kekalkan hubungan kerjasama Politik dengan parti yang kerap kali menghina mereka secara terbuka!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.