Halaman

Selasa, April 11, 2017

RAFIZI "LINTANG PUKANG" JAWAB TUDUHAN TERHADAP PAS!!!

Hahaha!!! Siapa yang sedang melintang pukang sekarang ni Rafizi oi? Jangan sesuka hati je nak buat tuduhan terhadap orang lain sedangkan diri sendiri pun tengah 'Menggelupor Biawak' tak tentu arah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR itu hari ini, Si Rafizi tu mendakwa kononnya pemimpin UMNO sedang lintang pukang membuat serangan terhadap dirinya.
"Saya memerhatikan gelagat pimpinan Umno dan jentera propaganda mereka lintang pukang menyerang saya apabila saya menimbulkan isu dana 1MDB yang dipindahkan dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan sampai kepada seorang tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS," katanya.
Tapi IRONIKnya ialah apabila Si Rafizi tu tak sebut pulak pasal kecaman yang diterima daripada kepimpinan PAS yang mendakwa Si Rafizi tu hanya sekadar menabur fitnah terhadap parti tersebut.

Bahkan, Arkitek Propaganda PKR itu juga turut dicabar oleh kepimpinan PAS agar membuat pendedahan serta laporan kepada pihak berkuasa terhadap tuduhan yang dibangkitkan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu tampil mencabar Si Rafizi tu untuk membuktikan tuduhan mengatakan orang rapat dengan pimpinan Pas menerima habuan dana kewangan daripada 1MDB.
“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?” soalnya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Pokok pangkalnya, Si Rafizi tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan 'Menggelupor' tak tentu arah selepas dia buat tuduhan terhadap PAS. Jelas, tindakan yang dilakukannya itu telah memakan tuan apabila pelbagai pihak mula memberi tekanan terhadap dirinya!!!

2 ulasan:

  1. Rafizi recycle cerita lama..ulang tayang dah jd cheap matinee. Zaman Haron Din dan Nasharudin...

    BalasPadam
  2. Makhluk yg tak hirau dosa pahala. Asal boleh buat fitnah dah rasa lega.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.