Heh! Seperti mana yang kita jangka. Si Wan Azizah ni hanya berani tunjuk taring dia bila Si Azmin tu takde je. Tapi, bila depan Azmin, nak sebut pasal isu di Selangor pun Si Wan Azizah tu tak berani nak bersuara.
Jika sebelum ini, bukan main lagi Si 'Tunggul Kayu' Pakatan Haprak tu lantang memberi tekanan kepada PAS Selangor dengan mengeluarkan arahan supaya semua pemimpin PKR Kelantan letak jawatan Politik mereka.
Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Biro Politik PKR yang telah diadakan baru - baru ini tanpa kehadiran Azmin selaku Timbalan Presiden yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.
Tetapi hari ini, nada Si Wan Azizah tu dilihat seolah - olah dia berusaha bersungguh - sungguh untuk tidak menyentuh mengenai kemelut kepimpinan dan Politik yang melanda Pakatan Haprak di Selangor.
Dalam ucapan perasmian Kongres Nasional PKR hari ini, Si Wan Azizah tu dilihat 'Senyap' dari menyentuh isu yang kini menjadi persoalan hangat dikalangan rakyat mengenai kedudukan Exco PAS di Selangor.
Sebaliknya, Presiden PKR tu hanya dilihat cuba mengalih isu berkaitan jawatan pemimpin PAS itu dengan mempertahankan Rejim DAPigs Pulau Pinang dan Rejim Pakatan di Selangor pimpinan PKR pada ketika ini.
Kata Wan Azizah, kedua - dua Rejim yang dikuasai oleh Pakatan haprak itu wajar menjadi contoh kepada pentadbiran Kerajaan Pusat meskipun Si Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlibat dengan skandal rasuah.
Bahkan Si Wan Azizah itu juga turut menyifatkan pendakwaan SPRM terhadap Lim Guan Eng sebagai satu konspirasi Politik pihak berkenaan untuk menganiayai Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri.
Namun IRONIKnya, Si Wan Azizah tu juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan luar bias yang dimiliki oleh salah seorang pemimpin muda PKR yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Si Mak Lampir tu.
Begitu la sifatnya puak - puak Pakatan haprak ni sebenarnya. Bila salah tu terkena pada batang hidung diorang sendiri, pandai pulak diorang nak mendiamkan diri dan tidak menyebut mengenainya.
Tapi kalau benda tu berlaku pada orang lain, sibuk pulak diorang menyalak siang dan malam menyebar tuduhan dan melemparkan fitnah terhadap orang lain. Itu membuktikan yang puak Pakatan Haprak ni persis manusia MUNAFIK yang hanya pandai cari salah orang lain je kerjanya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.