Aduhai!!! Begini la perangai Haramjadah puak Pakatan Haprak ni. Tak pernah tetap lansung pendirian diorang ni. Macam mana la orang tak menyampah tengok gelagat diorang ye tak.
Kalau dulu, bila orang sebut ada percanggahan dalam penubuhan parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu, mati hidup semula pun diorang tak nak mengakuinya. Kata semua tu fitnah belaka.
Tapi hakikatnya, kemelut dan kepincangan didalam struktur kepimpinan Pakatan Haprak tu sememangnya sesuatu yang benar - benar wujud. Cuma diorang je yang cuba menipu diri sendiri.
Bila dah terpampang depan mata, baru la diorang nak mengakui wujudnya kemelut kepimpinan didalam parti mereka. Itupun selepas pendedahan demi pendedahan dibuat secara terbuka.
Mujur jugak la orang dedahkan kepincangan parti tu awal - awal. Kalau tidak, mungkin sampai kiamat pun diorang cuba jugak nak menipu rakyat dengan wayang Politik yang cuba dimainkan.
Hari ini, salah seorang pemimpin kanan parti PPBM tampil membuat pengakuan secara terbuka mengakui bahawa wujud kemelut kepimpinan yang agak kronik dalam parti Cap Bunga Raya tu.
"Saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya rasa kalau sudah semua orang cakap maknanya benda itu wujud. Dan seharusnya pucuk pimpinan PPBM tidak bolehlah mengambil sikap berdiam diri lagi. Kena kaji selidik apa sebenar permasalahan dan cuba tangani secara bijaksana dan secara efektif.
"Saya rasa perkara ini, ketidakselesaan ini memang wujudlah tetapi sejauh mana PPBM dapat menanganinya? Sebab kalau perkara ini terus dibiarkan, siapa sahaja keluar, kita kata mereka itu orang yang kecewa, orang Umno, pengkhianat, saya rasa masalah ini takkan selesai," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PPBM ini secara tidak lansung membuktikan bahawa pucuk pimpinan parti itu hanya sekadar 'Syok Sendiri' dengan kedudukan mereka.
Mereka jelas tak peduli dengan apa yang berlaku dibawah. Sebaliknya, pucuk pimpinan parti tu lebih suka mengampu parti lain dalam Pakatan sampai ahli parti sendiri pun diabaikannya!!! Itu ahli parti. Belum kita yang takde kena mengena dengan diorang ni!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.