Hahaha!!! Inilah yang dikatakan ke-BODOH-an tahap tertinggi. Walaupun dia seorang Ahli Parlimen, tapi itu tidak menjanjikan yang segala tindakan yang dia lakukan semuanya betul belaka.
Walhal, orang tua - tua dulu pun selalu juga berpesan, "Cakap Siang Pandang - Pandang. Cakap Malam Dengar - Dengar". Pepatah itu menyeru supaya kita jangan tersalah cakap.
Kebodohan itu terserlah apabila Si Fuziah PKR tu baru - baru ini tampil membuat kritikan terbuka terhadap YAB Perdana Menteri serta isteri yang turun padang untuk menziarahi rakyat.
Si Fuziah tu mendakwa kononnya aksi YAB Perdana Menteri dan isteri yang bersantai diatas tangga rumah seorang penduduk di Temerloh baru - baru ini hanya sekadar lakonan semata - mata.
Malah Si Fuziah tu juga cuba memberikan gambaran seolah - olah 'lakonan' yang ditonjolkan oleh YAB Perdana Menteri itu hanya dilakukan kerana Pilihan Raya Umum sudah semakin hampir.
"Saat tibanya pilihanraya, UMNO-BN baru sekarang sanggup turun padang!" jelas infografik yang dimuat-naikkan ke laman Facebooknya.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Fuziah PKR tu disamping beberapa lagi pertikaian yang ditulis secara panjang lebar untuk menjustifikasikan dakwaan yang cuba disebarkan.
Tapi, siapa sangka. Taktik yang digunakan oleh Si Fuziah tu sendiri mula memakan diri sehingga menyebabkan dia mula takut nak memuat-naikkan gambar dia ke laman media sosial.
Dari pemantauan yang dibuat, sejak Si Fuziah tu mengkritik aksi 'lakonan' yang didakwa terhadap YAB Perdana Menteri sebelum ini, tidak ada sekeping pun gambar Si Fuziah tu bersama rakyat.
Jelas tindakan yang dipamerkan oleh Si Fuziah tu memberikan gambaran bahawa dia sendiri 'Fobia' dengan apa telah yang diperkatakannya. Mungkin Si Fuziah tu takut apa yang dia dakwa terhadap YAB Perdana Menteri tu sebelum ini terkena pada batang hidung dia sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.