Sudah semestinya, tajuk hangat yang menjadi topik utama mereka yang suka menjadi Penganalisis Politik Kedai Kopi sepanjang minggu lepas kebanyakkanya berkaitan dengan isu Tahaluf Siyasi PAS.
Kalau kita tengok dari satu sudut, apa yang nak dikecohkan sangat bila PAS buat keputusan untuk memutuskan kerjasama Politik mereka dengan PKR? Adakah ianya dianggap sebagai 'Dosa Besar'?
Seperti yang kita katakan semalam, bagi mereka yang menyokong, sudah pasti diorang akan anggap keputusan PAS itu sebagai satu tindakan yang wajar dengan alasan nak menjaga maruah parti.
Dan jika dilihat dari sudut perlembagaan pun, tindakan yang dilakukan oleh PAS itu tidak ada salahnya. Mereka mengambil tindakan tersebut berdasarkan kepada kepentingan parti mereka sendiri.
Tambahan pulak, Malaysia ni sebuah Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi. Lagi pun, Pakatan Haprak tu juga yang mendakwa kononnya diorang memperjuangkan 'Hak Kebebasan Manusia'.
Jadi, salah ke kalau PAS ambik tindakan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik mereka dengan PKR? Kenapa pulak masih ada penyokong dan pemimpin Pakatan Haprak tu nak bising?
Sepatutnya mereka dari kalangan puak Pakatan haprak tu perlu menghormati pendirian yang telah dibuat oleh bekas rakan sekutu mereka itu. Suka hati PAS la nak buat apa pun. Yang diorang sibuk sangat pasal apa!
Dan secara tidak sedar, tindakan mereka yang menentang keputusan serta pendirian PAS itu membuktikan seolah - olah mereka tidak mampu hidup tanpa sokongan dari parti tersebut.
Nak pulak bagi parti seperti PKR yang sememangnya sejak dari dulu bergantung talian hidup mereka kepada PAS. Nak harapkan DAPigs, diorang lebih sibuk menjaga hal parti mereka sendiri.
PAN tak payah cerita la. Diorang pun ibarat hidup segan mati tak mahu je. Malah kewujudan parti pimpinan Si Mat Sabu tu pun banyak bergantung kepada dana daripada DAPigs.
Maka sudah pasti keputusan PAS yang bertegas mahu memutuskan hubungan dengan PKR dan enggan kembali menyertai Pakatan Haprak tu akan membangkitkan rasa kurang senang.
IRONIKnya, puak Pakatan Haprak tu sebelum ini sering kali melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan dalam arus Politik pada ketika ini.
Tapi hari - hari jugak diorang hentam PAS. Habis semua benda yang PAS buat diorang pertikai dan dijadikan sebagai bahan modal Politik Sempit mereka melalui tuduhan yang dilemparkan. Itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni memang tak mampu hidup tanpa sokongan dari PAS!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.