Hahaha!!! Nampak gayanya, PAN hanya mampu untuk menelan air liur mereka apabila PKR membuat 'Pusingan U' dengan mengekalkan ketiga - tiga ADUN PAS sebagai Exco di Selangor.
Jika sebelum ini, bukan main lagi pemimpin PAN mengambil kesempatan menyindir PAS yang didakwa tidak bermaruah ekoran keputusan PKR yang mahu pemimpin parti itu di Kelantan meletakkan jawatan.
Pemimpin PAN mendesak agar pucuk pimpinan PAS Pusat itu perlu mengikut jejak langkah PKR dan mengarahkan ketiga - tiga pemimpin mereka melepaskan jawatan sebagai Exco Negeri.
Desakan itu dibuat ekoran keputusan PAS yang telah memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR diperingkat pusat dengan alasan untuk menjaga maruah parti itu sendiri.
Namun malangnya, keputusan PKR yang membuat 'Pusingan U' itu ternyata mengecewakan kepimpinan PAN yang terpaksa menelan air liur apabila PKR tetap mengekalkan ketiga - tiga Exco PAS itu.
Sebaliknya Setiausaha Agung PAN memberikan alasan kononnya PKR terpaksa mengambil keputusan sedemikian kerana kepimpinan PAS telah meletakkan PKR dalam keadaan 'tersepit'.
"Kita terpaksa menerima dan menelannya dengan pahit. Untuk saya berpura-pura mengatakan saya seronok dengan keadaan ini, tidak.. itu namanya munafik, hipokrasi.
"Jujurnya (kesalahan) patut diletakkan kepada PAS yang sepatutnya kalau ia ada maruah, kalau sudah kata putus maka putuslah. Ia boleh berada dalam kerajaan tapi jangan ada dalam pemerintahan. Kalau dah setuju putus siap dengan dalil, nas, sunnah untuk memutuskan hubungan itu.
"Bimbang orang kata agama itu seperti barang yang diperdagangkan saja. Sepatutnya mereka selesaikan dengan berundur, orang akan hormat mereka," katanya kepada Antarapos.
Mengulas lanjut, dalam nada yang beralas, Setiausaha PAN itu juga turut membayangkan kekecewaan terhadap keputusan tersebut kerana kedudukan parti itu di Selangor seolah-olah 'disisihkan'.
Jika dilihat dari satu sudut, PAN ternyata kecewa dengan keputusan PKR yang membuat 'Pusingan U' dan menganggap tindakan itu sebagai satu 'Pengkhianatan' terhadap hubungan kerjasama Politik dikalangan puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini!!!
PAN oh PAN ...
BalasPadamPAN diatas tungku rupanya ...makin terjuih la bibir Khalid tu
Terlepas peluang pan nak jawatan yg menjadi idaman perjuangan.
BalasPadam