Halaman

Isnin, Mei 08, 2017

PAS PUN TAK HINGIN BERSAMA BEKAS "PELACUR"!!!

PAS hari ini tampil menyindir bekas pemimpin PKR, Ezam Mohd Nor yang dianggap "Pelacur Politik" oleh Si Ketua Penipu tu dengan mengucapkan 'terima kasih' di atas surat terbuka kepada parti itu yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebaliknya menegaskan, PAS tidak akan sesekali mudah diperdaya dan dipermainkan oleh mana-mana parti politik kerana ia mempunyai strategi sendiri berlandaskan perjuangan Islam.  
“Jadi kita ucapkan terima kasih kepada pandangan Ezam, tapi PAS ada pandangan dia sendiri, Insya-Allah.
“PAS ada agenda dia iaitu untuk menegakkan Islam dan PAS ada strategi dia sendiri, jadi PAS bertindak dengan strategi dan bukan PAS membiarkan dirinya dipergunakan oleh sesiapa," katanya kepada Antarapos. 
Ezam hari ini menulis satu surat terbuka kepada PAS meminta parti itu berwaspada dengan Umno kerana dikhuatiri mempunyai motif tertentu apabila dilihat cuba berbaik-baik dengan PAS kebelakangan ini.

Khairuddin dalam reaksinya bagaimanapun melahirkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah atas usaha keras Ezam melawan rasuah, dan  menganggap bekas pemimpin Umno itu sebagai ‘rakan’ kerjasama yang baik dalam menentang rasuah di negara ini.

Namun tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, PAS tidak akan sesekali terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana mempunyai asas perjuangan yang kukuh.
“Kita tidak mengkritik Ezam, kita mengucapkan terima kasih kepada Ezam, dan tahniah kerana Ezam tidak bersekongkol bersama dengan Umno memperjuangkan rasuah, kita alu-alukan tapi kita ada cara kita sendiri dan strategi PAS itu sendiri sebab PAS tidak akan ikut dengan strategi orang untuk pastikan PAS yang bawa Islam boleh berjaya dalam politik tanah air, InsyaAllah.
“Itu pandangan dan kita alu-alukan pandangan, setiap orang boleh beri pandangan dan Ezam bukan musuh kita, Ezam adalah rakan kita InsyaAllah dalam perjuangan untuk memastikan negara bersih daripada rasuah tetapi dengan Islam," katanya lagi.
Ezam yang terkenal dengan kisah 'Kotak Rahsia'nya sebelum ini sering kali tampil berubah - ubah pendirian Politik setelah keluar dari PKR walaupun sudah bertahun - tahun dia bertuhankan Si Ketua Penipu tu selama hari ini.

Selepas keluar PKR, Ezam menyertai UMNO dan diberikan jawatan dalam Kementerian Kewangan. Namun malangnya, Ezam hanya sekadar menjadi 'Pemanas Kerusi' ketika menduduki jawatan tersebut tanpa sebarang kerja dilakukan.

Bahkan Ezam juga pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dengan harapan dia dapat menangkis segala serang persepsi yang dibangkitkan oleh Pakatan. Tetapi malangnya, Ezam tetap GAGAL menjalankan tugasannya dengan baik.

Ezam kemudian meninggalkan UMNO dengan alasan kononnya dia tidak mahu terlibat dengan 1MDB dan menyertai parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir selama beberapa bulan sebelum bertindak meninggalkan parti itu.

Ketika ini, Ezam bersama dengan seorang lagi bekas penyokong kuat Tun Mahathir telah berjaya 'Merampas' Parti Generasi Baru dan menobatkan dirinya sendiri sebagaiPresiden parti tersebut. Kini parti itu pula dilanda kontroversi apabila kepimpinan asal parti tersebut membuat dakwaan terhadap Ezam secara terbuka!!!

3 ulasan:

  1. PAS tak hingin bersama bekas taik pkr.

    BalasPadam
  2. Dia kata: "PAS ada agenda dia iaitu untuk menegakkan Islam dan PAS ada strategi dia.......

    Nak tambah sikit:
    Agenda1.Bermusuh dgn pembangkang2 lain, sebaliknya berbaik2, berpeluk cium dgn Umno. Kamu ni pembangkang ke pengampu?
    Agenda no2. Nak masuk tanding 80 kerusi je dan kalah pun tak apa.
    Dgn agenda itu, orang jadi pening, nak memerintah ke nak jadi penasihat je?
    Orang sebut agenda, dia pun ikut sebut agenda juga tapi tanpa ketahiui apa itu agenda mereka .

    Lebai ooh lebai! hebat sungguh cara kamu berpolitik, dari sebuah parti yang padu, sekarang berpecah bahtera kamu pun kamu istiharkan kamu makin kuat! Kamu ada penyakit Sindrom songsang ke?
    Kah!kah!kah!

    BalasPadam
  3. pas yang duk beromen dengan umno.duk purak2 plak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.