Halaman

Khamis, Mei 18, 2017

PAS TAK DESAK, WAN AZIZAH JE KESIPUAN!!!

Hahaha!!! Memang terbaik la kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS ni. Memang sebijik kena pada muka puak - puak PKR tu. Diorang ingat, PAS heran sangat ke dengan keputusan diorang tu?

Pigidah!!! Kalau setakat nak desak pemimpin sendiri lepaskan jawatan yang mereka pegang di Kelantan apa barang. Saja nak tunjuk kuat la tu kononnya. Tapi heran pun tidak dek puak - puak PAS ni.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Takiyuddin semalam, dia mendakwa PAS tidak pernah mendesak pemimpin PKR di Kelantan untuk melepaskan jawatan yang dipegang oleh mereka.

Sebaliknya, jika perkara itu mahu dilakukan oleh pemimpin PKR berkenaan, itu terpulang kepada pilihan mereka sendiri. Bukannya disebabkan PAS Kelantan memberikan tekanan kepada mereka.

Malah Takiyuddin Hassan juga berkata, bagi pihak PAS sendiri, parti itu tidak terkesan dengan tindakan lantikan politik ahli PKR itu, sebaliknya terus istiqamah menjalankan tugas demi kepentingan rakyat.
“Pihak yang memegang jawatan dalam PAS atau PKR boleh meletak jawatan sama ada dibuat secara sukarela atau arahan daripada parti.
“Dalam konteks PAS Kelantan, kita buat keputusan untuk kekalkan mereka, namun kalau mana-mana ahli lantikan politik hendak tarik diri, itu adalah pilihan mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini, semalam. 
Kenyataan Takiyuddin itu dibuat ekoran keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang mengarahkan pemimpin parti itu di Kelantan agar meletakkan jawatan yang disandang serta merta.


Apa yang jelas, tindakan itu membuktikan bahawa PKR selama hari ini memang tidak pernah menghormati PAS sebagai rakan Tahluf Siyasi mereka dalam Pakatan. Sebaliknya, PKR hanya mempergunakan PAS demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Pkr makin suram di mana mana. Pru akan datang mngkin bnyk kerusi yg kecundang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.