Hahaha!!! Memang kelakar betul pendirian parti yang baru ditubuhkan ni. Tak pernah konsisten lansung. Hari tu diorang kata diorang tidak berahi untuk mendapatkan sokongan dari PAS.
Tapi, dari kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin parti itu baru - baru ini, ianya seolah - olah memberikan gambaran bahawa parti itu masih menaruh harapan terhadap PAS.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin dari parti tersebut cuba 'Memikat' PAS yang baru sahaja bercerai dengan PKR melalui kajian yang didedahkan kepada orang ramai.
Kata pemimpin tersebut, dari hasil kajian yang dijalankan, populariti PAS sebagai sebuah parti Politik di Malaysia pada ketika ini masih menjadi pilihan utama dikalangan rakyat secara keseluruhan.
Dari satu sudut, hasil kajian yang dijalankan oleh PPBM itu secara tidak lansung membuktikan bahawa PAS masih relevan. Tidak seperti yang digambarkan oleh Pakatan sebelum ini.
Namun bagi pemimpin PAS, hasil kajian yang dijalankan itu sedikit pun tidak menarik perhatian mereka untuk mengubah keputusan yang telah dibuat pucuk pimpinan parti itu sebelum ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana kajian yang dibuat parti serpihan Umno itu hanya berasaskan tinjauan awam dan boleh terdedah kepada manipulasi.
"Data kajian berasaskan tinjauan awam boleh terdedah kepada manipulasi. Apa yang pasti PAS sedang membina imej sebagai parti negarawan yang berkhidmat untuk rakyat dengan pendirian dan prinsip tegas dalam pelbagai isu negara berasaskan Islam dengan menjadikan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) sebagai satu pendekatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa yang sama PAS masih menerapkan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera dalam perjuangan partinya sebagai parti pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.
Secara kesimpulannya, PAS menganggap kajian yang dijalankan oleh PPBM itu tidak ikhlas dan hanya sekadar cubaan untuk melamar parti itu agar kembali bekerjasama dengan Pakatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.