Halaman

Khamis, Mei 04, 2017

RASUAH ANAK IKAN - NURUL IZZAH "BIJAK", AZMIN JUGA PENING!!!

Hehehe!!! Pandai jugak anak Si Ketua Penipu ni ye tak. Kot kalau dia tak pandai, mana mungkin dia boleh menang Pilihan Raya Umum dengan menggunakan taktik menabur fitnah terhadap orang lain.

Tapi cara Si Nurul Izzah ni 'Melepaskan Diri' dari dikaitkan dengan isu kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu memang sepatutnya menerima pujian yang tinggi.

Tak terfikir dek Rafizi nak menggunakan taktik seperti itu walaupun Ahli Parlimen Pondan tu sering kali mendabik dada dan mengaku bahawa dirinya seorang 'Pakar Strategi' dalam parti.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu hanya mampu tampil membuat desakan supaya semua pemimpin dalam PKR menjauhkan diri isu Rasuah yang membabitkan kes Anak Ikan Si Mak Lampir tu.

Namun bagi Si Nurul Izzah, dia ada cara lain untuk melepaskan diri dengan membiarkan Si Azmin dan Si Mak Lampir tu sendiri yang 'Menguruskan' isu kes rasuah pemimpin muda parti itu.

Kata Si Nurul Izzah, kes pemimpin Pemuda PKR yang menghadapi tuduhan memberi keterangan palsu kepada pihak berkuasa SPRM kini diteliti oleh dua pemimpin kanan parti itu.

Malah Si Nurul Izzah tu juga memaklumkan bahawa siasatan kes tersebut telah diserahkan kepada Azmin selaku Timbalan Presiden dan Ketua Wanita PKR, Si Mak Lampir tu bermula hari ini.
"Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang meneliti isu yang mengaitkan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah.
"Seperti yang kami kata, PKR tidak teragak-agak, tidak bertolak ansur dengan sebarang amalan rasuah. Sekarang ia di tangan ketua disiplin," kata Nurul Izzah pada media, hari ini.
Selain itu, Si Nurul Izzah tu juga memaklumkan bahawa sebarang hasil siasatan berkenaan kes Anak Ikan Si Mak Lampir tu akan dirujuk kepada Biro Politik PKR bagi tindakan selanjutnya.

Hah! Tak ke bijak tindakan Si Nurul Izzah tu? Habis semua masalah berkaitan dengan kes rasuah tu kini berada diatas bahu Azmin dan juga Si Mak Lampir tu. Jadi, takde la orang luar boleh salahkan dia atau pemimpin lain dalam PKR. Lepas ni, yang salah Si Azmin dan Si Mak Lampir tu jugak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.