Ramai yang membuat spekulasi kononnya tindakan mereka ini sama seperti 'Iblis' yang diikat pada pokok menjelang bulan Ramadan. "Kalau tidak, selama ni iblis yang hasut mereka," kata seorang sahabat.
Menurut laporan media yang disiarkan semalam, seramai 1000 orang ahli PPBM mengambil tindakan keluar parti itu kerana muak dengan kemelut Politik dalaman parti itu sendiri.
“Keputusan ini kami lakukan kerana telah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan Muhyiddin.
“Kami juga ingin mengingatkan pemimpin PPBM supaya bermuhasabah dan jangan menunding jari kepada pihak lain terhadap apa yang berlaku kepada PPBM ketika ini. Ini semua kerana tindak tanduk mereka.
“Kami yakin ramai lagi akan meninggal parti selepas ini,” katanya lapor Utusan Online.
PPBM kini sedang hangat dilanda konflik kepimpinan dalaman yang menyaksikan tindakan beberapa orang pemimpin dari parti itu bertindak keluar parti dan meletakkan jawatan mereka.
Bulan lalu, salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman bertindak keluar parti kerana mendakwa kecewa dengan hala tuju parti yang terpesong, selain amalan 'kasta' dalam parti itu.
Terbaru, pada Selasa lalu, Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana mendakwa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda parti.
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani. Malah baru-baru ini wujud pula desakan agar Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai presiden selepas berlakunya kepincangan dalaman parti!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.