Halaman

Sabtu, Jun 17, 2017

ADUN PKR JADI MANGSA REJIM DAPigs!!!

Jika tadi kita cerita pasal seorang wakil rakyat PKR Selangor yang terpaksa menghentikan program kemasyarakatan dikawasan Parlimennya kerana disabotaj oleh Rejim pimpinan Azmin Ali.

Kali ini pendedahan dibuat berkaitan dengan perlakuan sabotaj yang turut dialami oleh beberapa orang ADUN PKR dibawah pemerintahan Diktator Rejim DAPigs Pulau Pinang pulak.

Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal menghadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri.

Naib pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata peruntukan bagi ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon, ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bungah Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP setelah mereka gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lepas.

Beliau berkata Rejim DAPigs sepatutnya mengguna kaedah lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi dan bukannya dengan membeku peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan berkenaan.
"Saya ingin menggesa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya tidak membekukan peruntukan wakil-wakil rakyat PKR... peruntukan ini demi kebajikan dan kebaikan rakyat setiap kawasan berkenaan. Peruntukan ini adalah bagi DUN setiap kawasan, ia tidak boleh berdasarkan piawaian beliau sendiri untuk memberi peruntukan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada Mei lepas, ADUN PKR bagi kawasan Penanti Dr Norlela Ariffin mendakwa peruntukan kawasannya dibekukan kerana gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Oh berkata tindakan Rejim DApigs itu dilihat seolah-olah ingin membalas dendam terhadap wakil rakyat PKR yang tidak menyokong tindakan kerajaan negeri mengenai isu tambak tanah pada persidangan DUN.

Ong dan Cheah pernah dipecat daripada syarikat berkaitan negeri tahun lepas apabila mereka bertindak berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan DUN Pulau Pinang.

Secara tidak lansung, pendedahan yang dibuat itu membuktikan bahawa kesepakatan yang didakwa wujud dikalangan puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar lakonan semata - mata. Apa yang pasti, mereka hanya memberi keutamaan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Hahaha... padan muka aku... tetapi yang merana rakyat... padan muka rakyat... sapa suruh pilih aku sebagai YB....

    BalasPadam
  2. Pkr harus bersama Pas dlm pru akn datang. Biarkan Dap dgn kalah dgn keangkuhannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.