Halaman

Ahad, Jun 18, 2017

ANWAR BAGI AYAT SENDU NAK DEKAT RAYA!!!

Alahai!!! Syahdunya membaca kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu ni. Memang terasa 'Keikhlasan' yang diluahkan tatkala umat Islam di Malaysia ni nak menyambut Hari Raya.

Setelah hampir 20 tahun dia menjadi 'Mangsa Politik' pentadbiran Tun Mahathir, ini la kali pertama Si Ketua Penipu tu cuba bersikap 'Jujur' pada diri sendiri. Kot selama ni, menipu je kuat.

Tapi, kalau dah namanya Ketua Penipu ya tak. Mana mungkin dia akan meluahkan rasa hati dia tu dengan ikhlas jika dia tidak mempunyai sebarang agenda yang terancang dibelakangnya.

Al maklum la. Si Ketua Penipu tu kan suka main belakang. Jadi, benda yang dia cakap didepan ni bukannya boleh pakai sangat. Sebaliknya, apa yang ada dibelakang tu yang lebih diutamakan.

Semalam Si Ketua Penipu tu keluarkan kenyataan kononnya dia sanggup untuk tidak menjadi Perdana Menteri demi memastikan Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya akan datang.

Si Ketua Penipu tu kata, dia tidak mahu isu berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri itu menjadi isu utama yang menyebabkan perbalahan berpanjangan dalam Pakatan Haprak tu sendiri.
"Terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calun Perdana Menteri," kata Ketua Umum PKR itu.
Kenyataan Si Ketua Penipu itu jelas merujuk kepada konflik pendirian yang dinyatakan oleh PKR yang enggan menerima cadangan PPBM untuk tidak menjadikan dia calon tunggal Pakatan.

PPBM sebaliknya mahu orang lain menjadi calon Perdana Menteri walaupun pada hakikatnya PKR sudah membuat keputusan sebulat suara untuk mengangkat Si Ketua Penipu tu.

Perkara tu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR mengangkat plakad "Anwar PM ke-7" pada sidang Kongres parti tersebut yang diadakan baru - baru ini. Namun ianya dibantah oleh PPBM.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu bukan la ikhlas sangat pun. Ianya cuma lakonan Si Ketua Penipu tu sahaja untuk meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat semata - mata. Bukan baru hari ni kita kenal Si Ketua Penipu tu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.