Halaman

Jumaat, Jun 09, 2017

AZMIN "AWAL" GANTIKAN RAFIZI DI PANDAN???

Heh! Nampak gayanya, kemelut kepimpinan yang sedang melanda Pakatan Haprak tu hari ini semakin bertambah - tambah kronik apabila Si Rafizi tu dilaporkan telah dicantas oleh Kem Azmin.

Dari laporan yang diterima, PKR dikatakan akan meletakkan Azmin Ali bertanding di kerusi Parlimen Ampang pada PRU ke-14 akan datang, manakala penyandangnya, Si Zuraidah Mak Lampir tu akan beralih di kerusi Pandan.

Percaturan itu dipercayai ada kaitan dengan prestasi Si Zuraidah Mak Lampir tu sendiri yang sentiasa diselubungi kecurigaan serta mengundang rasa kurang senang dikalangan pengundi.

Menurut sumber di pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu walau bagaimanapun masih lagi di peringkat perbincangan di kalangan pemimpin PKR, terutama dalam ‘Kem Azmin' sendiri.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan berkenaan calon yang bakal menggantikan kekosongan tempat Azmin untuk bertanding di Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum kelak.
“Bos (Azmin) akan ke Ampang, Zuraidah ke Pandan ganti Rafizi. Semua tahu Zuraidah macam mana,” menurut sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Langkah tersebut juga katanya sebagai persediaan untuk menggantikan Rafizi yang hilang kelayakan bertanding berikutan keputusan mahkamah tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi bagi setiap pertuduhan yang masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac tahun lalu.

Secara tidak lansung, pendedahan itu membuktikan bahawa konflik kepimpinan yang berlaku dalam PKR pada hari ini memang benar - benar wujud dan menggambarkan seolah - olah 'Kem Azmin' menjadi semakin dominan dikalangan pemimpin parti tersebut!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.