Halaman

Sabtu, Jun 17, 2017

DAH TAK BOLEH FITNAH, POLIS PULAK JADI ALASAN NURUL IZZAH!!!

Pada PRU-13 lalu, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan penguasaannya ke atas kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan menewaskan calon BN yang banyak bekerja di Lembah Pantai, Raja Nong Chik.

Walaupun Nurul Izzah hanyalah pengantin dan sesekali datang menjenguk Lembah Pantai untuk melakukan hasutan, tetapi dia tetap menang meskipun dengan majoriti yang semakin merosot. Kemenangannya dikatakan diperolehi dari beberapa PDM yang bermajoritikan pengundi bukan Melayu.

Selesai PRU-13, Nurul Izzah diseret ke mahkamah oleh Raja Nong Chik kerana sepanjang kempen PRU-13, Nurul Izzah dalam usaha memenangi hati pengundi, telah menfitnah Raja Nong Chik. 

Di mahkamah Nurul Izzah menangis dan meminta maaf sambil mengakui, dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Raja Nong Chik lembut hati dan memaafkan Nurul Izzah.

Kos yang perlu dibayar oleh Nurul Izzah sangat minima. Ganti rugi berjuta - juta yang dituntut ke atas Nurul Izzah dibatalkan kerana Raja Nong Chik seorang yang baik hati. Sekali lagi Nurul Izzah 'menang'.

Bila sudah 'menang' dengan hanya bermodalkan air mata, Nurul Izzah kembali menghasut dan melakukan fitnah. Penduduk di flat Kampung Kerinchi yang mahu dipindahkan oleh kerajaan bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan dan mereka akan mendapat kediaman yang lebih selesa, dihasut agar menolak dan menentang projek tersebut.

Nurul Izzah yang tidak pernah tinggal di flat dua bilik sempit, kata kerajaan mahu menghalau orang Melayu dari flat berkenaan. Barangkali dia ingat, Lim Guan Eng berkuasa di Lembah Pantai.

Akhirnya beberapa orang penduduk menentang dan enggan berpindah. Apabila siap projek Residensi Kerinchi, sekurang-kurangnya 35 keluarga yang termakan hasutan Nurul Izzah, tepuk dahi kerugian kerana mereka terlepas untuk memiliki sebuah kediaman yang berharga lebih RM400,000.

Sebaliknya hanya menerima pampasan yang jumlahnya tidak seberapa. Nurul Izzah pula cuci tangan dan langsung tidak meminta maaf, bahkan tidak bertanya khabar 35 keluarga berkenaan.

Nurul Izzah mungkin sedar yang tembelang dan pembohongan serta lakonan naifnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi di Lembah Pantai.

Berita-berita dari sumber yang terdekat dengan kem Nurul Izzah menyatakan, Nurul Izzah besar kemungkinan akan lari meninggalkan Lembah Pantai, sebaliknya akan ke Permatang Pauh, mengambilalih tempat ibunya, Wan Azizah.

Antara alasan yang diberikan oleh jentera Nurul Izzah tentang pelariannya ialah, 'Operasi Anjing'. 'Anjing' yang dimaksudkan oleh jentera Nurul Izzah itu adalah para pengundi dari Bukit Aman yang berada di Lembah Pantai.

Hina betul anggota-anggota serta pegawai-pegawai polis yang tinggal di dua kompleks kediaman kakitangan di Lembah Pantai sehingga mereka digelarkan ANJING oleh jentera Nurul Izzah.

Sedangkan kedua-dua kompleks kediaman yang menjadi kediaman anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu sebenarnya telah wujud lebih lama sebelum Nurul Izzah mula bertanding di Lembah Pantai lagi!

Jumlah anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis serta ahli keluarga mereka yang mendiami kedua-dua kompleks kediaman kakitangan tersebut, tidak banyak berubah. Tetapi seperti biasa, mereka seringkali dipersalahkan apabila pemimpin-pemimpin pembangkang berasakan, mereka bakal kalah dalam pilihanraya. - The Devoured Saviour

1 ulasan:

  1. Dah nama pun Ratu Fitnah.. lepas tu... gersang pulak... tak ada faedahnya janda nie jadi YB... hasut rakyat jgn pindah... akhirnya kerana percaya... rakyat yg sendiri merana... padan muka rakyat.. YB pun senyum aje.. dan buat fitnah lain dan hasut rakyat yg lain... dah itu lah aje kelebihan dia... hahaha padan muka rakyat... sapa suruh pilih aku... duduk ajelah rumah lama tu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.