Halaman

Jumaat, Jun 16, 2017

DAPigs MAHU PENANG JADI "VATICAN" MALAYSIA???

Jika dilihat dari satu sudut, tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh DAPigs ini seolah - olah cuba menyindir Rejim PAS Kelantan yang mengelarkan negeri itu sebagai 'Serambi Mekah'.

Seandainya benar apa yang didakwa, maka tidak salah sekiranya puak DAPigs itu dilabelkan sebagai 'Anti Islam' dan cuba mewujudkan suasana yang tidak harmoni dikalangan rakyat Malaysia.

Bahkan, kenyataan terbaru yang dibuat oleh wakil parti itu seolah - olah sengaja mencetuskan ketegangan dan perbalahan diantara penganut kedua - dua agama didalam negara ini.

Senator lantikan parti DAPigs, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan seandainya benar Pulau Pinang mahu dijadikan sebagai Bandar Kristian.

Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan isu mengenai aktiviti Evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlansung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.

Dr Ariffin kemudiannya dengan selamba mencelah dan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.

Dalam erti kata lainnya, Senator Melayu yang dilantik menjadi Barua DAPigs itu seolah - olah memberikan 'Lampu Hijau' kepada Rejim DAPigs Pulau Pinang tanpa sebarang bantahan.

Hakikatnya, usaha DAPigs mempergunakan orang Melayu untuk menjadi Barua bagi memenuhi kehendak serta kemahuan mereka pada ketika ini sudah mencapai matlamat mereka.

Bahkan DAPigs bukan sahaja mempunyai barisan anggota Melayu yang sanggup 'Sujud' kepada segala keperluan mereka. Malah, parti itu juga kini sudah memiliki 'Sayap' yang boleh dijadikan sebagai 'Parti Ternakan' untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka!!!

1 ulasan:

  1. Ancaman kpd umat Islam. Tolak Dap dlm pru akan datang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.