Seorang anggota Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengarahkan mereka mempermainkan emosi rakyat, agar rakyat bangkit menentang kerajaan.
Muhammad Hafiz Azhar yang bakal diambil oleh Lembaga Disiplin PPBM menjelaskan, arahan-arahan itu juga antara sebab dia tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan oleh puncuk pimpinan sebelum ini.
"Saya amat kecewa kebanyakan isu yang mahu dibangkitkan kepada rakyat oleh PPBM hanya berkisah mahu mengeksploitasi isu semasa dan bukannya mengenai gerak kerja parti , " kata Hafiz pada sidang media semalam.
Hafiz berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ketua ARMADA, Syed Saddiq terhadapnya yang menyifatkanbeliau 'orang bermasalah' kerana kegagalan hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
Kegagalan menghadiri mesyuarat itu adalah antara sebab Hafiz bakal dihadapkan kepada Lembaga Disiplin PPBM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sanusi Junid.
Bagaimanapun difakamkan sebab utama tindakan itu adalah kerana Hafiz mengadakan sidang akhbar tanpa kebenaran bagi meminta Dr. Mahathir dan Muyiddin menjelaskan isu yang berkaitan dengan hal mereka.
Tindakan Hafiz yang minta penjelasan Dr. Mahathir mengenai dakwaan kekayaan anak-anaknya dalam masa yang singkat dan selain penjelasan Muhyiddin mengenai 'skandal' dengan seorang wanita menimbulkan 'kemarahan' Syed Saddiq dan Mukhriz yang mahukan Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM.
Hafiz mendedahkan, antara contoh eksploitasi yang dibuat ialah ketika isu Forest City hangat diperkatakan. Mereka (PPBM) bincang bagaimana mahu masuk ke rumah penduduk dan mempengaruhi mereka agar marah kepada kerajaan.
"Mereka suruh timbulkan isu lori yang lalu-lalang, menyebabkan debu yang bahaya pada kesihatan rakyat... nak main emosi orang macam ini saya tak minat, saya nak berjuang bela rakyat," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.