Halaman

Isnin, Jun 12, 2017

PKR TETAP MAHU "TUNGGUL KAYU: JADI PRESIDEN PAKATAN!!!

PKR masih memainkan peranan penting dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan (PH) apabila Presidennya, Wan Azizah diuar - uarkan bakal dilantik sebagai Presiden gagasan tersebut.

Bagaimanapun menurut kenyataan Pengarah Politik dan Dasar PKR, Kamaruddin Jaafar, perkara itu masih diperingkat perbincangan di kalangan kepimpinan Pakatan Haprak tu sendiri.
"Yang saya faham adalah Tun Mahathir dan Wan Azizah. Ini yang saya tahulah," katanya kepada Antarapos hari ini.
Kamaruddin bagaimanapun memberitahu maklumat yang diperolehinya itu disampaikan daripada mereka yang terlibat di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Jumaat lepas.

Sebelum ini nama Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin disebut bakal dilantik sebagai Presiden PH, manakala Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad pula sebagai Pengerusi PH.

Dalam pada itu Kamaruddin menyifatkan kemungkinan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai Penasihat PH menyerlahkan lagi peranan  Ketua Umum PKR itu dalam gagasan pembangkang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dalam reaksinya memberi tahu pelantikan Si Ketua Penipu itu mengambil kira keberadaannya di dalam penjara buat masa ini.
"Itu satu jawatan yang besar. Kita boleh bersetuju dengan pandangan Mukhriz. Dan itu pun cadangan dari awal lagi," ujar Kamaruddin.
Menurut cadangan asal sebagaimana yang dilaporkan melalui media, nama Si Ketua Penipu tu dan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir akan digandingkan secara bersama sebagai Penasihat PH.

Namun atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan, cadangan itu telah diubah dan kini hanya nama Si Ketua Penipu itu sahaja yang disebut untuk calon bagi mengisi jawatan tersebut.

Lebih lanjut, Kamaruddin menepis unsur dominasi sesetengah pemimpin PH di dalam gagasan berkenaan jika mereka dilantik ke jawatan-jawatan tertentu, dengan berkata setiap daripada mereka bertanggungjawab atas peranan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.