Heh! Nampak gayanya, Padang MPK 1 tahun ni agak kesunyian tanpa kelibat Si Fuziah Salleh tu. Kalau tidak sebelum ini, ada juga dia muat naikkan gambar dia turun ke padang MPK tu.
Nak pulak berlakon berbuka puasa bersama rakyat katanya. Tapi tahun ni, disebabkan dia sendiri dah terlepas cakap, maka acara berbuka puasa di Padang MPK tu pun dah tak dibuatnya.
Kalau ada dibuat, sudah pasti ramai akan kata itu semuanya hanya lakonan Fuziah sebab Pilihan Raya dah nak dekat. Nak dekat Pilihan Raya baru dia sibuk turun padang berbuka bersama rakyat.
Tapi kali ini, bukan soal Si Fuziah tu takut nak muat naikkan gambar program dan aktiviti dia dilaman media sosial yang ternyata sudah lama tidak dikemaskinikan oleh Ahli Parlimen Kuantan tu.
Sebaliknya, status terbaru yang dibuat oleh Si Fuziah itu menarik perhatian apabila dia bercerita kononnya dia dapat sambung belajar di United Kingdom pada tahun 1976 selepas habis MCE.
Persoalannya, siapa yang buat tawaran tersebut? Adakah PKR yang berikan Si Fuziah tu tawaran untuk sambung pelajaran dia ke luar Negara? Adakah duit PKR yang digunakan untuk belanja belajar?
Anwar Ibrahim ke yang bagi Si Fuziah tu duit belanja? Dari mana sumber kewangan yang diperolehi oleh Si Fuziah tu selama dia berada di United Kingdom menghabiskan 'A Level' dia?
Sebab kalau kita tengok kepada status serta kenyataan yang dibuat oleh Si Fuziah tu selama hari ini memberikan gambaran seolah - olah dia tidak pernah bergantung harap kepada Kerajaan.
Makanya sudah pasti sejak dari kecik lagi kehidupan Si Fuziah ini disara sepenuhnya oleh parti yang dicintainya pada ketika ini. Hampir semua perbelanjaan hidup dia disediakan oleh PKR.
Pokok pangkalnya, kehidupan Si Fuziah tu selama hari ini banyak bergantung kepada Kerajaan Barisan Nasional. Duit elaun dia pun Kerajaan Barisan Nasional jugak yang berikan. Malah anak dia kerja dengan PTD pun Kerajaan Barisan Nasional juga yang sediakan. Nak harapkan PKR, belum tentu lagi anak dia boleh dapat kerja!!!
Posting macam bangang! Dah sah sah time tu mana ada parti politik PKR. Kebanyakan yang sambung belajar oversea time tu dari sponsor state atau federal. Kalau yang loaded tu guna modal sendiri. Samdol!
BalasPadamUntung menyokong pembangkang ni..Ni nak cito sikit psl digital tv.. ponek sokong BN apo pun tak dapek.. siaran liputan tak sumo kaw ado tp Selangor PH tu tip top plak penang pun tip top.. yg hampeh kek negeri penyokong BN.. Dahla decoder pun tak dapek free nak boli plak pengedar utamo sumo bangso cino penyokong DAP.. dahla yg dapek projek syed bukhory penyokong madey.. jd apo pekdah eh cubo ko poi ckp skit ngan najib tu dio tu cordik tp ado maso eh bingai jugak.. minta maap la yo kalau lari topik..tp den peduli hapo
BalasPadam