Halaman

Isnin, Oktober 09, 2017

"TUNGGUL KAYU" BANGGA CIPTA SEJARAH!!!

Huh! Memang patut pun Si Wan Azizah tu berbangga dengan diri dia sendiri. Memang banyak pencapaian yang berjaya dikecapi ketika dia menjadi Presiden PKR dan Pakatan Haprak tu.

Mungkin bagi sesetengah orang lain, Si Wan Azizah tu hanya 'Syok Sendiri' bila mendakwa kononnya dia bangga mencipta sejarah sejak menjadi pengganti kepada Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Antara lain, Ketua Pembangkang Pulau Pinang tampil mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah dan menganggap Presiden PKR itu sebagai seorang pemimpin yang lemah.
“Dia nak bangga sangat dengan jawatan dia, apa sejarah yang dia cipta? Kalau pegang jawatan sebagai Presiden parti, tapi Norlela sibuk menangis merayu untuk dapatkan peruntukan daripada dia untuk beri bantuan kepada rakyat Pulau Pinang, tak payah sembanglah Wan Azizah,” sindirnya ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Ahad.
Tapi hakikatnya, memang banyak sejarah telah dicipta oleh Si Wan Azizah ni sebenarnya. Tak pernah lagi ada dalam sejarah seorang Presiden diperbodohkan oleh Timbalannya secara terbuka.

Itu satu sejarah yang memang tidak dapat dilupakan apabila Si Azmin Ali tu berjaya merampas jawatan Menteri Besar Selangor dibawah hidung Wan Azizah tu secara terang - terangan.

Dan dalam sejarah, tak pernah lagi ada seorang pemimpin yang berfungsi seperti Tunggul Kayu dikala partinya sedang menghadapi kemelut kepimpinan selain daripada Si Wan Azizah ni.

Bahkan kemelut kepimpinan dalam Pakatan Haprak itu juga tidak dapat diselesaikan oleh Si Wan Azizah walaupun dia diangkat menjadi Presiden gabungan pembangkang itu oleh DAPigs.

Antara lain, Si Wan Azizah tu GAGAL menangani krisis diantara pemimpin - pemimpin PKR sehingga menyebabkan perbalahan dikalangan mereka terdedah kepada masyarakat umum.

Ke mana hilangnya suara Wan Azizah sewaktu Latheffa Koya dan kartel - kartel Azmin Ali menyerang Rafizi secara terbuka dengan mendakwa dia seperti Barah yang merosakkan parti dari dalam?

Apa tindakan yang diambil oleh Wan Azizah sewaktu PAS membuat keputusan untuk berpisah dengan Pakatan sebelum ini? Ada dia cuba nak memujuk PAS untuk mengubah pendirian tersebut?

Ternyata, Si Wan Azizah tu telah berjaya mencipta sejarah peribadinya sendiri melalui kelemahan - kelemahan yang dipamerkan. Dan memang sewajarnya dia berbangga dengan pencapaian yang dikecapi dengan gelaran "Ibu Tunggul Kayu" Negara!!!

1 ulasan:

  1. Setiap apa yg dilakukan di dunia AKAN dipersoalkan nanti dan dapat habuan di akhirat kelak. Insaflah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.