Halaman

Khamis, Mei 31, 2018

"AYAH TAKDE DUIT, KENA BAYAR HUTANG"

Suasana suram menyelubungi sebuah rumah. Si Ayah duduk bermuram durja dihujung meja makan sambil riak mukanya berkerut - kerut. Besar betul masalah yang sedang difikirkannya.


Si Isteri yang melihat kelibat suaminya itu mula mendekati dan mula bertanya, "Abang. Barang makanan dapur kita dah habis. Bila boleh kita ke kedai dan membeli barang untuk bulan ini?"


Si Suami memandang wajah Si Isteri dengan renungan yang tajam. "Kita tak boleh beli barang dapur. Abang kena bayar semua hutang yang sedang kita tanggung pada ketika ini," katanya Si Suami.


Dikala itu, anak lelaki sulung keluarga itu pulang dari sekolah. "Ayah. Cikgu mintak duit sukan minggu ini." Lalu ayahnya menjawab, "Ayah takde duit. Ayah terpaksa bayar hutang keluarga".


Kemudian anak kedua perempuan pula datang dan bertanya kepada ayahnya, "Ayah, boleh tak kakak nak mintak duit sikit untuk beli buku?" Si Ayah menjawab, "Ayah takde duit. Kena bayar hutang."


Tiba - tiba datang pulak anak bongsu yang sangat disayangi oleh Si Ayah. "Ayah. Bila ayah nak tunaikan janji? Hari tu ayah janji nak belikan adik permainan kalau adik lulus peperiksaan."


Si Ayah mula berasa sayu. "Ya, ayah dah janji dengan adik. Tapi ayah terpaksa bayar hutang yang keluarga kita tanggung pada ketika ini. Jadi, ayah tak boleh tunaikan janji kepada adik."


Si Isteri yang dari tadi resah mendengar jawapan Si Suami terus bertanya, "Hutang apa yang sampai semua benda tak boleh nak dibeli ni? Takkan takde langsung duit untuk kita belanja keluarga?"


Si Suami pun menjawab, "Hutang kereta RM 80 ribu, hutang rumah 250 ribu, hutang bil telefon, bil api, bil air, bil Astor dan sebagainya. Semua sekali jumlah hutang tu dalam RM 500 ribu.


"Mana saya nak cari duit sebanyak itu sedangkan gaji saya hanya RM 3 ribu sebulan?" jawab Si Ayah tanpa rasa bersalah. Lalu Si Ieteri pun menjawab, "Bukan ke semua hutang tu boleh dibayar bulan - bulan? Kenapa pulak sampai tak boleh beli benda lain!!!"


(PS: Kisah keluarga ini tidak ada kena mengena dengan cerita orang Politik yang cuba bagi alasan kononnya dia tak dapat nak tunaikan janji Manifesto mereka dalam tempoh 100 Hari tu!!! Hahaha!!!)

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.