Halaman

Rabu, Mei 16, 2018

BARU SEMINGGU DAH MULA BERAMUK???

Nampak gayanya, bibit - bibit perbalahan dan perpecahan didalam Rejim Pakatan Baru ini semakin jelas kelihatan apabila kenyataan yang dikeluarkan pemimpin mereka saling bertentangan.


Jika sebelum ini, isu yang berkaitan dengan pemansuhan Akta Anti Berita Palsu menjadi diantara bahan perbualan hangat dikalangan pengguna aplikasi laman media sosial secara terbuka.


Satu pihak mendakwa, akta tersebut akan dikaji dan dipertimbangkan. Ianya tidak akan dihapuskan begitu sahaja. Manakala satu pihak lagi mendesak agar ianya dimasuhkan segera.


Kali ini, timbul pula isu berkaitan dengan janji - janji yang ditaburkan oleh Rejim Pakatan itu sewaktu Pilihan Raya Umum mula mendapat perhatian, terutama dikalangan penyokong mereka sendiri.


Ada yang mula mendakwa tindakan Rejim Pakatan yang sengaja melewatkan usaha untuk memenuhi janji tersebut membuktikan bahawa mereka hanya sekadar 'Cakap Tak Serupa Bikin'.


Malah ada juga yang turut membuat dakwaan, pembentukan kabinet Rejim Pakatan itu sengaja dilengah - lengahkan kerana mahu memenuhi agenda pihak tertentu secara tersembunyi.


Bahkan, pemimpin parti dikalangan Rejim Pakatan itu sendiri pernah tampil mempersoalkan lantikan jawatan "Menteri Tergantung" itu tidak melalui keputusan Majlis Presiden.


Namun persoalannya, kenapa perkara itu dibangkitkan oleh mereka sendiri? Adakah benar perkara itu sengaja dirancang untuk memburukkan imej Perdana Menteri Pakatan semata - mata? Ada apa - apa ke yang mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan rakyat???

3 ulasan:

  1. hellloooo..... ini gabungan baru... pentadbiran baru
    bagilah depa masa utk urus tadbir negara dgn baik
    utk susun barisan kepimpinan... ini bukan nak bukan kedai kopi tepi jalan... ini nak tadbir negara yg dah separuh tenat... yg dah nak terlengkup.... cuba pikir yg baik2 supaya jadi yg baik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke sepatutnya klau nak pindah rumah baru kita dah pikir apa nak buat...bukannya pindah dulu baru pikir kan?Cuba pikir dgn baik supaya jadi yg baik2..

      Padam
  2. Dah nampak dah.. dr dulu.. kini dan selamanya..
    Budak2 nk up tak kisah pun..
    Diaorg pandai.. pandai ckp ja..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.