Kisahnya sama seperti seorang budak yang baru balik kerja shif malam. Dia ditahan pada jam 2 pagi kerana disyaki sedang khayal. Tetapi masih tidak dapat dibuktikan dakwaan tersebut.
Dibuat pemeriksaan, tapi gagal. Dibuat 'Urine Test', pun tidak ditemui tanda - tanda yang dia mengambil bahan terlarang. Maka digeledah seluruh kenderaan, pun tidak ditemui sebarang bukti.
Lalu disuruh bukak bonet kenderaan, dicampak satu bungkus tepung putih. Maka budak itu pun ditahan, dibicara dan didapati bersalah kerana memiliki bahan yang terlarang. Terus dia masuk penjara.
Bila ditanya, siapa punya arahan? Tiada yang mengaku. Malah yang ada kuasa pun beri alasan, dia pun tak tahu. Itu la alasan yang biasa digunakan sebelum ini. Dia tak tahu apa - apa.
Masa dulu pun dia kata bukan dia yang beri arahan, bukan dia yang suruh buat tangkapan. Tapi orang lain yang ambik tindakan. Situasinya sama, cuma senarionya sekarang je yang berbeza.
Yang lain pun berlakon seolah - olah tindakan yang dilakukan itu tidak betul, tidak mengikut undang - undang. Soalnya, kenapa beria - ia? Supaya orang boleh percaya apa yang didakwa sebelum ini? Supaya mereka semua boleh dilihat suci? Berbaloi ke???
kita rakyat kecik ja.. tk tahu menahu..
BalasPadamcuma penyokong pembangkang terror.. dia org tahu semua.. sbb tu hukum dan caci najib mcm2..
mathir buat la apa yg penyokong nak..
kita tk leh nk halang, maafkan aku dato najib..
aku hanya doakan dia dan keluarga mampu bertahan dan bersabar..
kita berserah pd pihak berkuasa, kalau ada kesalahan.. hukum lah..
tapi kalau tiada apa kesalahan.. then sungguh kesian..
sekelip mata rakyat yg menerima lupa segala..
Cerita dongeng 20 tahun dulu dilakonkan semula oleh si pengarah yang sama, Boleh Percaya ????????
BalasPadamSiasat org sbb nak tutup salah sendiri
BalasPadamKan aku dah kata..politik dendam.
BalasPadamWalaupun yg empunya badan kata tidak.