Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir. Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa.
Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin (memutar-belit) dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib?
Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS. Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan (adalah) undi anti-Harapan.
Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah. (51% itu tidak condong menyokong Pakatan).
Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon - colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan. (Belum termasuk undi rosak yang memang disengajakan).
Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu angka paling tinggi tetapi masih belum mencapai 50 peratus. Dalam kata lain, Harapan (hanya sekadar) mendapat majoriti relatif berbanding BN dan PAS.
(Petikan dari artikel asal yang ditulis oleh Helen Ang - Kejinya pengundi PAS di kaca mata Kit Siang)
ohh ye ke..kesian
BalasPadamSemut hitam. Pada pru13, BN menang. Tapi tak mampu pun untuk dapat even undi plurarity tu.skang je baru timbul yek pasal plulaliityyr semua ni yek? Hampas la kalau mcm ni level pembangkang...
BalasPadamHaah. Pelikkan? Takde orang pun sebut pasal Undi Popular. Nak pulak dikalangan Rejim Pakatan tu sendiri. Masa PRU 13, sibuk diorang cerita pasal undi Popular. Tapi sekarang dah takde sebut.
Padamsetuju
PadamPakar tukang belit. Pakar membelit belit.
BalasPadamSaya harap UMNO dan PAS akan bekerjasama pada masa hadapan supaya tiada calon PAS dan UMNO bertindih di sesuatu kawasan parlimen atau DUN.
BalasPadamSaya lihat lebih dari 20 buah kawasan parlimen yang dimenangi oleh PH, sebenarnya jika jika calon PAS dan UMNO tidak bertindih, kemungkinan besar kawasan2 tersebut dapat di menangi oleh UMNO atau PAS. Dan dapat menafikan kemenangan PH dalam PRU lepas.
UMNO dan PAS boleh memulakan kerjasama setelah tawar menawar jawatan (sekiranya UMNO/PAS menang) contoh TPM di beri kepada PAS dan dan nisbah jumlah menteri dari UMNO dan PAS perlulah sama dengan nisbah jumlah kerusi yang masing-masing menang supaya lebih adil. Juga satu majlis tertinggi yang di anggotai oleh UMNO dan PAS perlu diadakan.
setuju
BalasPadam