Halaman

Selasa, Mei 29, 2018

MAJLIS RAJA: APA YANG PAK KADIR CUBA SAMPAIKAN???

Agak menghairankan juga apabila Ketua Media dan Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak ni bersuara mempertikaikan mengenai kedudukan Institusi Majlis Raja - Raja Melayu.


Apa tujuan dia yang sebenarnya? Apa yang cuba nak dibangkitkan? Apa yang menjadi bahan pertikaian yang hendak dihidangkan kepada rakyat secara umum? Itu diantara perkara yang menjadi persoalannya.


Adakah Pak Kadir ni juga setuju nak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik dengan menghapuskan Institusi Raja - Raja Melayu seperti yang dituntut oleh puak DAPigs selama ini?


Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan seolah - olah ada usaha dari pihak tertentu yang mahu mewujudkan rasa kurang yakin rakyat terhadap Institusi Raja - Raja Melayu.


Hakikatnya, kenyataan Pak Kadir itu hanya sekadar merupakan kesinambungan kepada kenyataan media yang dibuat dengan penuh rasa emosi oleh Ketua Pengarah SPRM sebelum ini.


Walhal, isu berkaitan dengan siasatan 1MDB yang didakwa tidak dipedulikan oleh Majlis Raja - Raja Melayu itu telah dijawab secara terbuka dan ianya sudah diketahui secara umum.


Maka, untuk apa lagi Pak Kadir ni nak membangkitkan semula isu tersebut dan seolah - olah cuba mendesak agar Rejim Pakatan hari ini mengkaji semula kedudukan Institusi Raja - Raja Melayu?


Biar apa pun niat Si Kadir ni, hanya dia sahaja yang tahu. Tetapi satu perkara yang perlu dia ingat ialah pepatah orang Melayu, "Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Takut Binasa Badan Sendiri". Bila dah kena sengat nanti, jangan nak salahkan orang lain pulak!!!

6 ulasan:

  1. Pak Kadir = Pak kadok moeden semua akan akan tergadai nanti.

    Punahsihat terbaik....

    BalasPadam
  2. ader la yg dah di plan tu..
    dia dan mathir..
    ader nk buang tu, tambah ni.. utk cover diri or aper2 ker.. kiki.

    cuma 1 - DAIM NI APA PANGKAT KAT DLM KEMENTERIAN?
    group 5 org tu, ada kuasa apa sebenarnya?
    bukan penasihat?.. katanya la..
    tp kerap kali dok buat statement utk kera jaan, so.. musykil sikit

    BalasPadam
  3. Pepatah orang Melayu yg sgt tepat, "Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Takut Binasa Badan Sendiri". Dia x tau besar mana pengaruh raja2 kalau main politik. Mungkin boleh jadi mcm Negara Brunei

    BalasPadam
  4. Bila ade Penasihat dah mcm Rejim Mamak je

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.