Semakin hari semakin ramai yang mula menyuarakan rasa ketidak-puasan hati mereka terhadap Rejim Pakatan yang baru kerana gagal menurunkan harga minyak petrol dipasaran.
Rakyat sedang memerhatikan betapa RETORIKnya Politik pemimpin Rejim Pakatan yang sering mempermainkan isu harga minyak ini sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.
Katanya, jika dapat merampas kuasa di Putrajaya, mereka memberi jaminan bahawa harga minyak akan diturunkan. Malah ada yang mendakwa harga minyak akan turun sehingga RM 1.50 seliter.
Namun malangnya, sehingga ke hari ini, kenapa harga minyak yang berada di pasaran masih lagi kekal dan tidak nampak sebarang usaha pun yang dilakukan untuk menurunkan harga tersebut?
Sebaliknya, Rejim Pakatan yang baru ini hanya tampil memberikan alasan kononnya mereka terpaksa kekalkan harga itu sementara mencari mekanisme untuk membuat penurunan harga.
Perkara itu dilihat bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh pengusaha stesen minyak yang mendakwa harga petrol pada ketika ini tidak mungkin dapat diturunkan sepertimana yang telah dijanjikan.
Kata mereka, harga minyak yang berada dipasaran pada ketika ini perlu dinaikkan paling tidak pada harga RM 0.50 sen seliter. Jika Rejim Pakatan yang baru itu mahu menurunkan harga, maka mereka terpaksa membayar pampasan.
Persoalannya, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Rejim Pakatan yang baru itu untuk memastikan bahawa mereka tidak menipu rakyat berkaitan dengan penurunan harga minyak ini? Adakah mereka akan terus memberikan alasan demi alasan untuk menutup pembohongan mereka???
hari saya baca portal malaysia today, PM umumkan hutang negara cecah 1 trillion!
BalasPadamBukan kata ekonomi kukuh mana blh hutang banyak tiba tiba penipu
PadamAik PH menang ke, kamu kata dulu Malaysia ni milik BN...bab harga minyak, tunggu dulu bang, hanya PM yg dah angkat sumpah!
BalasPadamSemua angkat sumpah dah....
PadamPembohongan yang berterusan. Padamula rkyat yang prcaya tambah trpedaya. Mahu simpan muka?.
BalasPadamRafizi bakal menempatkan muka malu tetap menebal tahan malu.
ala apa susah2 divert isu kpd isu lain spt 1mdb ke apa ke lama2 melayu kan mudah lupa.. ini semua cara lama la
BalasPadamNamapun Rafizi individu yg sarat dgn kes fitnah diMahkamah. Tidak boleh bertanding gara2 "dijatuhi" hukum (kes saman fitnah).Dia ni jenis "muka tembok sama seperti yg dibina oleh regim Yahudi".Dia selamba shj. Paling tidak dia minta maaf atas alasan "bergurau shj".Yg pelik majoriti orang percaya cakap dia...nak salahkan siapa ya?
BalasPadamGeng Munafikun bila Berjanji Mungkir...
BalasPadamminyak dah turun lah, huhuhu
BalasPadampatutlah member2 ph malu malu kucing nak lepak dgn aku... rupanya sudah kena kencing laaaaa..
BalasPadampatutlah member2 ph malu malu kucing nak lepak dgn aku... rupanya sudah kena kencing laaaaa..
BalasPadamManifesto bukan main nak turun harga minyak konon...penipu
BalasPadam