Halaman

Khamis, Mei 10, 2018

TERIMA KASIH PAS!!!

Percaturan Politik yang digembar - gemburkan selama hari ini membuktikan bahawa telahan beberapa pihak telah meleset apabila mereka terlalu yakin dengan petandingan tiga penjuru.


Jika sebelum ini, ramai yang mendakwa kononnya PAS akan menyebabkan Pakatan hilang majoriti dan sekaligus ianya akan menyebabkan Barisan Nasional boleh kekal sebagai Kerajaan.


Namun perkara itu ternyata meleset apabila pertandingan tiga penjuru itu lansung tidak memihak kepada Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu gagal mengekalkan kuasa.


Malah sebaliknya, BN telah hilang 20 peratus undi dan Pakatan berjaya meningkatkan jumlah peratusan majoriti mereka sebanyak 10 peratus untuk membentuk sebuah Kerajaan baru.


Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Pakatan berjaya meningkatkan undi mereka sebanyak seribu dibeberapa buah kawasan walaupun tanpa sokongan kuat dari jentera PAS.


Maka, itu membuktikan bahawa Pakatan mampu berjaya tanpa sokongan PAS. Tidak seperti mana yang diduga sebelum ini dimana rata - rata membuat dakwaan kononnya gabungan Pakatan itu tidak boleh berjaya tanpa sokongan PAS!!!

2 ulasan:

  1. Kalau PAS bergabung dengan BN di Kedah dan Perak, boleh tak bentuk kerajaan negeri?

    BalasPadam
  2. 10% lagi tu pergi mana?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.