Halaman

Jumaat, Mei 25, 2018

TINDAKAN SHAHIDAN MELAMPAU, DIKECAM NETIZEN!!!

Secara kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh Shahidan Kassim ini dianggap sudah berada diluar batasannya. Maka sebab itu ramai yang tampil mengecam tindakan tersebut dilaman media sosial.


Malah kata mereka, tindakan itu sama sekali tidak mencerminkan budaya Politik UMNO yang sedang berada dalam keadaan getir pada ketika ini dan hanya merosakkan lagi keadaan.


Dari satu sudut, apa yang dilakukan itu seolah - olah tidak mengambil iktibar terhadap apa yang sedang berlaku pada ketika ini. Tapi kenapa dia masih mahu menunjukkan sikap sedemikian?


Apakah dia ingat dengan tindakan seperti itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional? Adakah tindakan memecat keahlian MB Perlis itu boleh menguatkan UMNO?


Hakikatnya, UMNO tidak ada masa nak melayan kerenah orang seperti ini. UMNO sepatutnya tidak perlu memberi ruang kepada isu - isu yang hanya menambah burukkan lagi keadaan sedia ada.


Seharusnya orang seperti ini perlu diberi pengajaran agar dia sedar dengan keadaan yang sedang berlaku. Dikala orang lain sibuk nak membina semula parti, dia pulak datang bawak masalah. Memang patut pun orang ramai kecam tindakan yang dilakukannya!!!

7 ulasan:

  1. Tolonglah UMNO, janganlah lagi bersengketa sesama sendiri
    Yang susahnya nanti UMNO juga.
    Be raasionallah skit.

    BalasPadam
  2. aku memang nak luku je si kepala shahidan ni...bodohh. memang sepatutnya dia ni yang kena pecat.

    BalasPadam
  3. Rasa diri tu besar..org lama..titah sultan di abai kan..ko dok mana idan.perlis kan..mana nk letak muka..mengalah presiden umno..ali undi bn walau pn bukam ahli umno...orh yg mcm ni la yg rosak kn umno

    BalasPadam
  4. SHAHIDAN tak molek buat menteri besar sedemikian rupa. Dulu musim Shahidan jadi mntri besar tiada ahli umno buat bantahan.

    BalasPadam
  5. Tarik guni dlm tepung..
    Nmpknya dato shahidan gopoh dan sengaja jolok sarang tebuan.. rakyat tak suka BN..
    Jgn sampai raja2 mula rasa benda yg sama..

    BalasPadam
  6. Revise balik semua kepimpinan UMNO. Mana2 yang selalu bagi alasan bodoh tu tak perlulah di pilih untuk menerajui Umno. Begitu jugak pemimpin2 yg menjadi liabiliti buang semua. Ambil pemimpin baru yg lebih energetic, berwawasan dan bijak memberi hujah yg boleh meyakin kan rakyat. Kita tak perlu kangkung,cendol semua ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.