Halaman

Isnin, Jun 25, 2018

KEDAH BAKAL HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI???

Kemelut kepimpinan ekoran ketidak-cekapan pemimpin di Kedah kini berada dalam keadaan yang cukup kronik apabila Rejim Pakatan Negeri itu dilaporkan sedang berhadapan dengan konflik.


Dengar katanya, Rejim Pakatan Kedah yang hanya mampu membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah kini sedang berada diambang Pilihan Raya Negeri ekoran tuntutan yang dibuat oleh PAS.


Menurut laporan media, PAS membuat tuntutan untuk mencalonkan wakil mereka sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah kerana parti itu memiliki jumlah majoriti.

“Soal kemuka calon dari pembangkang bukan isu baru kerana pada 2013, pembangkang ketika itu dari Pakatan Rakyat (PR) juga pernah berbuat demikian apabila kita mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau kalah dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Jadi, sekarang tidak salah Pas mengemukakan calon kerana kita memiliki kerusi yang banyak dan rasional untuk berbuat demikian,” beliau dipetik berkata hari ini.

Sekiranya isu pelantikan ini gagal ditangani oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan dan PAS sedia berdepan sebarang kemungkinan.


Ekoran desakan yang dibuat oleh PAS itu membuatkan ramai penyokong Rejim Pakatan melabelkan parti tersebut sebagai sebuah parti yang kemaruk kuasa. Padahal, tuntutan itu adalah hak mereka. Kenapa pulak Rejim Pakatan Kedah takut sangat???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.